Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, June 29, 2015

Percutian ke Pulau Perhentian Besar Terengganu June 11 ke Jun 13 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Sebenarnya aku tak bercadang nk berkongsi percutian sekeluarga aku ni...tapi fikir punya fikir...baguih juga klu dapat dikongsikan dan dapat dijadikan panduan pada rakan2 yg bercadang nk ke Pulau Perhentian, Terengganu . Jom lihat diari percutian 3D2N aku di Pulau Perhentian Besar Terengganu...

Day 1 ( June 11 2015 , Khamis )
Kami sekeluarga bertolak dri rumah ( Simpang Ampat Tasek , Bandar Tasek Mutiara , P.Pinang ) kira2 jam 8am dan kami berhenti sebentar di Banjaran Titiwangsa untuk mengalas perut...maklumlah pagi tadi tak sempat nak jamah apa pon..Alhamdulillah dgn bantuan Waze..kami selamat tiba di Jeti Kuala Besut kira2 jam 3.30ptg.
Sebelum datang sini..aku dah buat tempahan bot dan hotel melalui pemandu pelancong di Pulau Perhentian..saudara Ayie ( 019 9635624 )..so mudahlah segala urusan pembelian tiket dan sebagainya . Kadar sewa bot untuk ke Pulau Perhentian dri jeti adalah sebanyak RM60 utk dewasa dan RM40 utk kanak2 . Perjalanan dr jeti ke Pulau Perhentian Besar adalah kira2 30min..

Sempat bergambar di Jeti Kuala Besut...

Ini antara rupa bot yg membawa pengunjung / penduduk sekitar ke pulau2 berdekatan.

Safety first...

Dgn anak2 aku...

Thursday, June 25, 2015

Perlantikan sebagai Ketua Skuad Muda 1JPJ Parlimen Bukit Mertajam 21 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Baru2 ini satu majlis berbuka puasa bersama Ketua Pengarah JPJ Malaysia ( Dato' Seri Ismail Bin Ahmad ) telah diadakan di JPJ Seberang Jaya Pulau Pinang . Antara VIP yg hadir adalah KP JPJ Pulau Pinang Dato Hj Hassan bersama2 anggota JPJ PP , pelbagai agensi kerajaan serta ahli2 Skuad Muda 1JPJ PP. Selain majlis berbuka puasa , program ini telah diadakan untuk mengumumkan ketua2 Skuad Muda 1JPJ bagi Parlimen seluruh P.Pinang . Alhamdulillah aku telah dilantik sebagai Ketua Parlimen bagi Bukit Mertajam .







Majlis berbuka puasa dan 2nd Annual Dinner NRICC 20 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Pada 20 Jun yg lalu aku beserta kesemua krew GM Event Management dan En Arahman dari Gabungan Kelab2 Kereta Negeri Kedah ( Gkknk ) telah dijemput menghadiri majlis berbuka puasa dan sambutan 2nd Annual Dinner Northern Region Indian Car Club ( NRICC ) . Majlis yg berlangsung di Restoran nasi kandar Pelita Auto City telah berlangsung dgn meriah sekali , antara acara yg disajikan adalah tarian kebudayaan kaum India serta sesi bergambar bersama kelab2 yang hadir . Diharap kerjasama GM Event Management dan NRICC akan berkekalan sentiasa .



Monday, June 8, 2015

Autoshow PENBEX 2015 6 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Sebaik sahaja tamat Autoshow di Kenyir Terengganu , pd malam tu juga aku dan krew2 terpaksa bergegas pulang ke Penang utk uruskan Autoshow PENBEX 2015 di Kubang Menerong Kepala Batas . Ini merupakan penganjuran akali ketiga yang diamanahkan oleh ICU & Perda kepada kami . Alhamdulillah sambutan dari peserta tidak mengecewakan dimana hampir 70 buah kenderaan mengambil bahagian .





Autoshow Festival Kenyir 5 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Autoshow Festival Kenyir merupakan kali ketiga dianjurkan oleh aku dibawah GM Event Management . Alhamdulillah walaupun acara tersebut diadakan pada hari Jumaat ,sambutan yg diterima amat tidak mengecewakan. Hampir 90 buah pelbagai kenderaan modified telah memenuhi ruang parkir pertandingan . Aku ingin rakamkan jutaan terima kaseh pd pihak KETENGAH , para peserta , penaja serta krew kerana menjayakan event tersebut .

Penghargaan dr saya kepada Pengerusi KETENGAH Y.Bhg Dato' Hj Wan Mat Amin Bin Wan Daud .









Tuesday, June 2, 2015

Autoshow Petron 30 Mei 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Berakhir sudah autoshow kereta dan motor di 2 station Petron ( Jln Baru dan Jalan Perusahaan Prai Penang ) baru2 ini . Walaupun penat untuk handle dikedua2 station ini serentak pd hari sama ...namun dgn sambutan dri peserta dan org ramai..kepenatan itu lenyap begitu sahaja :). Jom lihat gambar2 kemeriahan event tersebut..