Amacam blog aku....OK tak ?

Wednesday, December 31, 2014

Meeting...meeting dan meeting 30 Dec 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Semalam merupakan hari yg agak sibuk buat aku..mana taknya..3 meeting terpaksa aku attend dlm satu hari ..meeting ini bertujuan bagi melancarkan program aku utk awal tahun depan ..

Mula2 aku ke Giant Hypermarket Taiping..InsyaAllah event kat sini bakal berlangsung pd 15 Jan .



Kemudian aku ke Majlis Perbandaran Taiping..InsyaAllah event di Taman Tasik Taiping bakal berlangsung pada 31hb Jan 2015 .



Selepas balik dr MPT , aku singgah pulak di Lake Town Bukit Merah...InsyaAllah event kat sini pada 14hb Feb 2015 .

Saturday, December 20, 2014

Majlis Penganugerahan Ikon Bumiputera P.Pinang 15 Dec 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Buat julung kalinya aku tercalon sebagai antara penggiat sukan bagi Bumiputera P.Pinang . Acara yg gemilang ini telah berlangsung di Sunway Convention Centre Seberang Jaya pd 15 Dec yang lalu .Tercalon sebagai Top 5 adalah satu rahmat dan kebanggaan buat aku..walaupon tewas .namunn aku syukur dan berpuas hati...kita lawan lagi pd tahun hadapan .





Cenderahati yg aku dapat mlm tu..



Persembahan dr Dato Ramli Sarip






Autoshow Tesco Mergong Alor Setar 13 Dec 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Tesco Mergong merupakan Tesco yg terakhir aku buat autoshow selepas Seberang Jaya , Kulim dan Sg Petani dlm tahun ini . Alhamdulillah sambutan yg diterima amat menggalakkan .




Pertemuan dgn Pengarah Kejuruteraan JPJ Malaysia 12 December 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Tanggal 12 Dec yang lalu , aku dan beberapa sahabat dlm sukan permotoran telah melakukan sesi kunjung hormat kepada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia..Dato Muhamad Bin Dalib di pejabat beliau di Putrajaya . Antara tujuan utama adalah membincangkan hala tuju sukan permotoran negara khususnya dlm sukan "Autoshow" dan penghargaan terhadap beliau diatas Darjah Kebesaran Dato baru2 ini .





Autoshow Tesco Sg Petani (U) 6 Dec 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Selain pertandingan autoshow kereta , kami juga buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan motorsikal StreetCub  dan stunt bike BMX di perkarangan Tesco Sg Petani . Alhamdulillah event tersebut telah berjaya menarik ribuan pengunjung sekaligus melonjakkan lagi nama Tesco . Pertandingan tersbut telah menjadi meriah dengan kehadiran lebih kurang 15 buah kereta Autoshow dari Terengganu Audio Club .





Show Off sempena Program Youth@Live Gaya Hidup Rakan Muda 6 Dec 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Pada 6 Dec yg lalu Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Selatan telah menjemput aku untuk mengadakan show off kereta2 modified sempena Program Youth@Live Gaya Hidup Rakan Muda di Perkarangan parkir Komples Rakan Muda Jawi . Lebih kurang17 buah kenderaan telah hadir memeriahkan acara tersebut . Aku ingin mengucapkan terima kaseh pd semua kawan2 yg sudi hadir pada hari tersebut .





Friday, December 19, 2014

Autoshow Tesco Kulim 30 November 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Buat julung kalinya kami menganjurkan satu acara permotoran di kawasan Tesco Kulim pd 30 Nov baru2 ini . Selain pertandingan autoshow dan audioshow , aku telah menjemput pihak Pro Spec Drift Club untuk melakukan demo drift di perkarangan Tesco Kulim tersebut . Selain itu , acara tersebut juga telah diserikan dgn kehadiran bikers dri Street Cup Club .Alhamdulillah dgn cuaca yg elok , acara tersebut telah berakhir dgn jayanya .




Anugerah Sukan P.Pinang 29 Nov 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan 2sekelian..

Buat pertama kalinya , aku tercalon didalam 2 kategori sempena Anugerah Sukan Peringkat Negeri Pulau Pinang . Aku tercalon untuk kategori Pemimpin Sukan Lelaki dan Persatuan . Anugerah ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas pada 29 Nov yg lalu . Walaupun aku serta kelab tidak berjaya merangkul sebarang kejayaan..namun aku bersyukur sebab dicalunkan...tahun depan kita fight lagi ok ...









Sunday, December 14, 2014

Youth@Live Gaya Hidup Rakan Muda 29 November

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Program ini berlangsung di Hutan Lipur Cherok To'Kun Bukit Mertajam P.Pinang . Kelab Sukan Bermotor Mutiara telah dijempit untuk meyediakan sesi show off audio pada para pengunjung . Antara xtvt yg berlangsung adalah senamrobik , pertunjukkan silat dan silambam . Aku juga berkesempatan masuk pertandingan Grafiti dan berjaya mendapat tempat ketiga hehe .







Big Sumo Fundrive to Cameron Highlands 22 November

Assalamualaikum dan salam sejaahtera buat rakan2 sekelian..

Pada 22 November yg lalu , sahabat rakan permotoran saya iaitu Saudara Sham dari Negeri Sembilan bersama kelab dia ( Big Sumo Autoshow Community ) telah mengadakan konvoi santai ke Cameron Highlands . Aktiviti ini merupakan acara tahunan kelab beliau dan baru kali ini aku berkesempatan untuk sama2 hadir memeriahkan program tersebut . Antara acara yg diatur ialah perbincangan bersama mengenai hala tuju sukan permotoran negara dan show off santai oleh ahli2 kelab .