Amacam blog aku....OK tak ?

Saturday, November 15, 2014

Show off sempena Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri P.Pinang Nov 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Baru2 ini Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri P.Pinang telah pun diadakan di KRT Gerbang Tuna Seberang Jaya . Program ini telah mendapat kerjasama penuh dari pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM , AADK , JPJ , Jab Belia dan Sukan PP ,  Jab Pendidikan Negeri . Kelab Sukan Bermotor Mutiara telah dijemput untuk memeriahkan acara tersebut dengan mengadakan sesi show off pada sebelah petang sehingga jam 9 malam . Walaupaun cuaca agak tidak mengizinkan pada sebelah petang , namun acara tersebut boleh dianggap berjaya dengan kehadiran ramai penduduk2 setempat . Selain acara show off audio , demo cegah jeneyah melalui aksi penculikan oleh PDRM dan pertunjukkan wayang kulit antara yang menjadi salah satu tarikan orang ramai .






Autoshow Tesco Extra Seberang Jaya P.Pinang Nov 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Buat julung kalinya ..pihak GM Event Management telah bekerjasama dengan pihak Tesco bagi menganjurkan satu acara permotoran di tempat mereka . Hampir 80 buah kereta telah menyertai pertandingan tersebut dlm merebut 19 kategori yang dipertandingkan. Acara tersebut juga menjadi begitu meriah dengan kehadiran hampir 100 buat motorsikal "Streetcub" . Autoshow Tesco Extra di Seberang Jaya ini telah menjadi batu loncatan buat kami untuk bergerak ke cawangan Tesco yang lain. Autoshow Tesco Kulim bakal berlangsung pada Nov 30 manakala Autoshow Tesco Sg Petani Utara pada Dec 6 .








Show off @ Uptown Bertam Kepala Batas P.Pinang Nov7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Pada Nov7 yang lalu , pihak pengurusan Uptown Bertam telah menjemput aku untuk mengadakan satu acara " show off " untuk para pengunjung Uptown tersebut . Event ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Anjakan Bersama P.Pinang bagi mempromosi Uptown tersebut yang baru sahaja dibuka baru2 ini . Sebanyak 60 buah kereta show off telah hadir bagi memeriahkan acara tersebut .



Saturday, November 1, 2014

Autoshow Mydin Mall Parit Buntar 19 Oktober 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Dah dekat 3 minggu Autoshow Mydin ni berlangsung dan baru mlm ni aku sempat nak update blog sebab aku terlalu sibuk kebelakangan ni . Ini merupakan buat julung kalinya aku menganjurkan satu pertandingan autoshow dengan kerjasama pihak Mydin . Mydin Parit Buntar baru saja dibuka pd pertengahan tahun ini . Alhamdulillah sambuat yg diterima tidak mengecewakan , hampir 90 buah kenderaan autoshow berentap didalam 17 kategory yg dipertandingkan .