Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, September 22, 2014

Malaysia Day Autoshow & Car Club Gath @ Dataran Merdeka Sept 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Semalam aku berkesempatan melihat pertandingan Autoshow di Dataran Merdeka KL . Event ini merupakan anjuran Persatuan Autoshow Malaysia dan dikendalikan oleh sahabat aku..En Roslan Jebat . Jom kita tengok jentera2 yang turun beraksi semalam ..





Autoshow Kulim Landmark Central Sept 16th

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Tanggal 16 Sept yg lalu..bersempena dengan sambutan Hari Malaysia..pihak pengurusan Kulim Landmark Central telah menjemput aku untuk mengadakan satu pertandingan Autoshow dan Audioshow di perkarangan parkir premis mereka. Alhamdulillah sambutan hebat di luar jangkaan telah kami terima. Lebih 80 buah peserta Autoshow telah membanjiri kawasan tapak show . Event ini juga telah ditaja bersama oleh BHR Motorsports serta Nature's Anti Stress .



Autoshow KUD Dungun Terengganu Sept 13th 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Syukur pd Allah event Autoshow dan Car Club gath. telahi berakhir dgn jayanya. Autoshow KUD kali ini telah berjaya mengumpul hampir 500 buah kereta dari pelbagai kelab dan 80 buah peserta Autoshow dan Audioshow . Bagi pihak GM Event Management sy ucapkan jutaan terima kaseh pd pihak pengurusan Ketengah, peserta autoshow, rakan2 kelab kereta serta krew2 yg bertugas. Sokongan anda semua dlm menjayakan event ini amat saya hargai. Tahniah pd yg menang dan pd yg tewas...sahut cabaran ini utk lebih maju pd masa hadapan.Mohon maaf sekiranya ada tersilap atau kecacatan dr kami disepanjang event ini berlangsung.




Saturday, September 6, 2014

Autoshow Uptown Pasar Kemboja Bandar Baharu Kedah 1/9/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Pasar Kemboja Bandar Baharu ini terletak diantara sempadan Kedah-Perak , baru saja dibuka utk orang ramai. Pihak pengurusan tersebut telah menjemput saya serta team untuk mengadakan satu program permotoran disitu untuk menarik dan memperkenalkan tempat tersebut pada orang ramai . Alhamdulillah walaupun kami mempunyai hanya beberapa hari utk melaksanakanya , program ini berjaya menarik minat hampir 50 buah pelbagai kenderaan .







Buraq Lube Merdeka Auto Carnival 31/8/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Buat julung2 kalinya..3 acara permotoran berjalan serentak..iaitu pertandingan Autoshow kereta , motorsikal serta demo drift . Event ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Buraq Lube Sdn Bhd . Program ini diadakan sempena sambutan hari kemderkaan nagara kita yg ke 57 . Hampir 5000 orang membanjiri kawasan Tapak Ekspo Seberang Jaya baru2 ini .Pihak GM Event Management ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada Buraq Lube Sdn Bhd , Nature's Anti Stress , Pej Belia Dan Sukan SPT , Pro Spec Drift serta kepada semua rakan2 kelab kereta kerana sokongan menjayakan program tersebut . Diharap program ini dapat diadakan secara tahunan .








Friday, September 5, 2014

Autoshow D Ambang Merdeka @ RnR Bagan Ajam Penang 30/8/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Autoshow D Ambang Merdeka @ RnR Bagan Ajam Penang telah pun berlangsung dgn jayanya..hampir 80 buah kenderaan mengambil bahagian dlm 10 kategory yg dipertandingkan . Event ini mendapat penajaan penuh dr pihak Jabatan Perdana Menteri dan disokong oleh Jab Belia Dan Sukan P.Pinang . Pelbagaai acara menarik telah diatur oleh pihak penganjur dan kemuncak pd mlm nya adalah nyanyian lagu Kebangsaan . Terima kaseh pd pihak Buraq Lube dan Nature's Anti Stress kerana turut mengambil bahagian dalam program ini .



Autoshow KUD Dungun Terengganu 13/9/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Buat kali kedua dlm tahun ini..aku serta team..akan ke Terengganu kali ini ke Dungun untuk mengendalikan pertandingan Autoshow Karnival Usahawan Desa Peringkat ZON Timur yg bakal berlangsung di Bandar Al Muktafi Billah Shah . Karnival ini berlangsung dr 11-14 Sept , manakalapertandingan Autoshow pd 13 Sept . Details mengenai pertandingan ini boleh ke fb kami.KUD Autoshow .