Amacam blog aku....OK tak ?

Friday, May 23, 2014

Autoshow Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang May 18 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekeliaan..

Autoshow Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang yg berlangsung pada May 18 2014 yg lalu telah mendapat respon yg cukup baik dr para peserta , hamper 100 buah kenderaan berentap didalam 17 category yang dipertandingkan . Walaupun cuaca sedikit tidak mengizinkan , namun acara tersebut telah berakhir dgn jayanya .




Autoshow Tasek Kenyir Terengganu , 17 May 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Penganjuran Autoshow di Tasek Kenyir merupakan salah satu program tahunan utama pihak KETENGAH dan ini merupakan tahun kedua GM Event Management diberi tanggungkawab utk mengendalikan ia . Alhamdulillah , walaupun cuaca agak suram iaitu kekadang hujan ..namun ianya tidak mematahkan semangat para peserta yg datang dri jauh terutamanya dari Kedah , P,Pinang dan KL . Hampir 70 buah kenderaan berentap didalam 14 category yg dipertandingkan . Bagi pihak GM Event Management , kami ingin mengucapkan jutaan terima kaseh pada pihak KETENGAH , Kerajaan Negeri Terengganu dan Tourism Malaysia diatas penganjuran kali ini .



Monday, May 12, 2014

2 event besar minggu ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Minggu ni merupakan minggu yg sibuk buat aku dan krew2 aku yang lain . Mana tak nya..terdapat 2 event besar menanti aku hujung minggu ni . Pada 17/5 , aku terpaksa bergegas ke Terengganu sempena Autoshow Festival Kenyir dan pulang semula ke Pulau Pinang pd malam tu untuk handle Autoshow Sambutan Hari Belia Pulau Pinang pulak ..berasap wo !

Details mengenai event di Terengganu..sila klik sini
Details mengenai event di Pulau Pinang , sila klik sini




 
 

Meeting Autoshow sempena SUKMA Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Hari Sabtu baru2 ni aku ke Perlis untuk menghadiri satu perbincangan awal penganjuran Autoshow sempena SUKMA yg bakal berlangsung di Perlis bermula 28 Mei nanti . Perbincangan ini berlangsung di Dataran Dato' Sheikh Ahmad , Kangar ( tapak bakal berlangsungnya Autoshow nanti ) . Tarikh cadangan untuk pertandingan Autoshow adalah pada hari Sabtu 31 Mei nanti . Sekarang aku cuma tunggu pengesahan baget dr pihak penganjur dulu ...


Friday, May 9, 2014

Show off sempena Karnival Jom Daftar OKU dan Penyampaian KIT Insentif

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Show off sempena Karnival Jom Daftar OKU dan Penyampaian KIT Insentif Kelahiran Anak
Tempat : Padang Awam Kuala Ketil Kedah
Tarikh : 6hb Mei 2014
Dirasmikan oleh : YB Dato' Suraya Binti Yaacob
Antara VIP yg hadir :
1)Ketua-ketua Jabatan Daerah Baling , Kedah
2)ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Objektif program :
1)Mengadakan satu kempen pendaftaran OKU bagi menggalakkan lebih ramai OKU yg layak mendaftar membuat pendaftaran dgn JKM.
2)Mendekatkan pemimpin dgn masyarakat .
3)Berkongsi pendapat  dan pengalaman serta menambah ilmu pengetahuan melalui pelbagai peringkat dan lapisan kerja .
4)meraikan golongan OKU
5)Memperkenalkan program dan aktiviti PDK kepada masyarakat .
6)Menambah dana tabungan PDK melalui pesta jualan yg bakal diadakan .
Program yg diadakan
1)Pameran jualan
2)mencari harta karun
3)pertandingan Belati Emas
4)Penyampaian Anugerah Petugas Cemrlang dan Pelatih Harapan
5)Penyampaian KIT Insentif Kelahiran Anak ( IKA )
6)Penyampaian Penerima Takaful
7)Segmen Autoshow & audio show ( show off ) oleh GM Event Management )
>15 buah kereta
>kelab kereta yg hadir ialah Prosank Kedah .



Friday, May 2, 2014

1st GKMU Autoshow & Gathering @ Taman Jubli Emas Alor Setar May 1st 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Bersempena dengan cuti Hari Pekerja semalam , telah berlangsungnya event Autoshow dan gathering yg pertama sempena penubuhan GKMU ( Gabungan Kelab Myvi Utara ) di Taman Jubli Emas Alor Setar . Event yg mendapat kerjasama kelab MYVA ini telah berjaya mengumpul hamper 500 buah kereta Myvi dan Viva khususnya di bahagian utara tanahair . Selain segmen Autoshow , kehadiran kelab audio terkemuka iaitu Team Bride untuk mengadakan audioshow telah berjaya menambat hati para pengunjung . Syabas semua !


Show Off amal @ Panasonic Prai , Penang Apr 30th

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Panasonic Prai ( PASMY ) Penang , baru2 ini telah mengadakan charity event bagi mengutip derma untuk rumah anak2 yatim . Antara acara yg berlangsung adalah jualan makanan oleh para pekerja Panasonic , car boot sale , cucian kereta amal , Autoshow kereta serta vespa . Walaupon event ini berlangsung pd hari bekerja , namun sambutan dr para peserta amat menggalakkan . Bagi pihak pengurusan Panasonic , kami mengucapkan setinggi penghragaan kepada semua yg bertungkus lumus serta menjayakan event ini .