Amacam blog aku....OK tak ?

Sunday, July 21, 2013

Audioshow @ Uptown Taman Selat Butterworth Penang 20/7/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Penduduk sekitar P.Pinang mesti dh sinonim dgn panggilan Ropewalk Tmn Selat Butterworth ..bermulanya Ramadhan pd thn ini..pihak pengurusan Koperasi Pasar Aneka Taman Selat telah memperkenalkan "Uptown Taman Selat " dimana pelbagai barangan seperti pakainan , elektronik serta barangan antik dijual pd org ramai dgn harga yg amat berpatutan . Tidak seperti waktu operasi Ropewalk pd siang hari...Uptown ini mula beroperasi dr jam 8pm ke 2am setiap hari . Dgn harga sewaan tapak yg amat murah iaitu hanya RM3 sehari...ianya amat berbaloi buat para peniaga .
Oleh kerana Uptown ini masih baru dan memerlukan promosi ..pihak pengurusan Uptown telah menjemput aku utk mengadakan program permotoran di kawasan parkir Uptown tersebut..buat permulaan ..semalam aku telah membawa sebanyak 9 buah kereta audio utk mengadakan show off santai "lagu raya" buat para pengunjung..Alhamdulillah sedikit sebanyak telah menarik perhatian org ramai utk singgah ke Uptown tersebut .
Sebarang pertanyaaan mengenai Uptown tersebut boleh hubungi En Saaidon B. Abdullah , 012 5764475( Ahli Lembaga Koperasi Uptown Taman Selat )


Monday, July 15, 2013

Glamer lagi aku dlm bulan posa nih

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Bulan ni muka aku yg boleh dikatakan tahap hensem ni ( perghh ..masuk bakoi angkat sendiri ! ) dh keluar dlm 2 majalah iaitu Roda Pantas dan Karhifi . Kedua2 majalah ni memaparkan ttg 2 event aku yg lepas iaitu di Kulim sempena Kulim Landmark Charity Ride n Autoshow pd May 25 dan di Aeon Jusco Bandar Perda sempena Autoshow Hari Belia Peringkat P.Pinang pd June 15 .



No 2 dari kiri aku la tu ...


 

Saturday, July 13, 2013

Amacam ....posa OK ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Maaf terlewat nk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa buat kalian...bulan posa ni aku tak dak apa2 event ...rihat dulu sebulan...kesempatan yg terluang dlm bulan ni aku ambil utk siapkan segala perancangan event selepas raya nanti ..moga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan buat kita semua...akhir kata dari aku .......



Sunday, July 7, 2013

Show Off sempena i Want Sihat 6/7/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Event show ni merupakan penutup xtvt aku sebelum kita menyambut bulan Ramadhan tak beberapa hari lagi . Untuk event harini aku bekerjasama dgn Pej. Kesihatan Seberang Perai Tengah sempena kempen henti merokok dan alkohol di Pusat Komersial Permatang Pauh . Aku telah menjemput khas 13 buah kereta untuk show harini dan Alhamdulillah berjaya menarik perhatian orang ramai dan secara tak langsung memeriahkan event tersebut .