Amacam blog aku....OK tak ?

Friday, May 31, 2013

Kulim Landmark Charity RIDE & Autoshow 26/5

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Dah beberapa hari baru la aku berkesempatan utk update ttg event ni . Buat julung2 kalinya..aku selitkan acara berbasikal dlm event autoshow ..charity ride ini adalah untuk mengutip sumbangan buat Rumah ANAK2 Yatim BEDAYA Kulim. Walaupun ini merupakan percubaan pertama aku..tapi Alhamdulillah ianya boleh dikatakan berjaya dimana hampir 320 peserta telah mengambil bahagian dlm acara kayuhan 28km tersebut . Sebanyak RM1460 telah berjaya dikumpulkan , terima kaseh buat semua peserta kayuhan amal pd haritu .
Lepas tamatnya acara charity ride , pd tengahari hingga ke malam acara autoshow pulak mengambil tempat serta pengisian program pd hari tersebut , mmg meriah Kulim Landmark pd haritu dgn dentuman audio kereta hampir 60 buah kenderaan . Letih jgn cakaplah...apa pon aku puas hati sbb kedua2 event tersebut walaupun berlangsung dlm hari yg sama , telah berakhir dgn jayanya ..InsyaAllah event Charity Ride serta Autoshow ini akan aku anjurkan semula di Kulim Landmark pd 16 Sept nanti iaitu sempena Hari Malaysia nanti .




Peserta sabar menanti acara caabutan bertuah dimumkan 

Sumbangan kutipan dihulurkan kpd wakil pihak BEDAYA Kulim

Pemenang hadiah cabutan bertuah mendapat sebuah basikal 
























Tuesday, May 21, 2013

Autoshow Tasek Kenyir 18/5/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Baru mlm ni aku berkesempataan nk update pasai event ni..sibuk sgt aku la ni..minggu depan 26/5 aku ada event kat Kulim pulak ...apa pon event aku yg buat julung kalinya di Pantai Timur ini berakhir dgn jayanya ..walaupon lokasi Tasek Kenyir ni terletak jauh ke dalam namun sambutan dr para peserta amat membanggakan ..hampir 50 buah kereta berjaya "mengharungi" cabaran utk sampai ke sini . Aku ingin mengucapkan jutaan terima kaseh pd pihak KETENGAH yg sudi ambil aku sebagai penganjur utk event ni dan tak lupa juga pd semua sponsors , peserta yg sudi support event aku pd hari tu .























Thursday, May 16, 2013

Nin dia....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Apa habaq semua ? Sory sangat2 sbb lama tak jenguk hampa semua.. aku la ni tersangat lah busy nya..minggu ni aku ada event kat Tasek Kenyir.so banyak la benda yg nak kena settle . Baru sebentar tadi..trophy yg aku tempah sudah pon sampai kat rumah .

Ini adalah tropy untuk setiap pemenang autoshow tu nanti ..dah macam pokok "nyoq" aku tengok.
Ini lah event aku yg pertama di Pantai Timur..harap2 berjayalah hendaknya ...




Saturday, May 11, 2013

Wednesday, May 8, 2013

Kulim Landmark Central Charity Ride & AUTOSHOW May 26th

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Ada blogger yg teringin nak join ?

Tarikh tutup utk Kulim Landmark Central Charity Ride adalah pd 18 Mei 2013 . Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja . Click here for details . Cal Khairul 019 5712256 atau http://landmark-ride2013.blogspot.com.



Wednesday, May 1, 2013

Meeting kat "NewCastle" lak Apr 28

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakaan2 sekelian..

Selesai meeting kat Tasek Kenyir..pada esok nya pulak aku ke Padang Tembak , Pengkalan Chepa Kelantan sebab ada meeting dgn group "drifter" dr Newcastle Motorsports . InsyaAllah aku akan buat event kat sini pd penghujung bulan June nanti .


Bersama otai2 drifters dr Newcastle Motorsports






Sempat singgah beli kropok lekor kat Pasar Siti Khatijah..

Sampai kat KB sempat singgah kedai kawan aku ni ..