Amacam blog aku....OK tak ?

Sunday, April 28, 2013

Lebarkan sayap ke Tasek Kenyir pulak 27/5/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Harini aku ke Tasek Kenyir Terengganu sebab ada meeting event dgn pihak KETENGAH ..lama sunggoh aku x p Pantai Timur ni..last sekali aku p masa tahun 2004 dulu . Pihak KETENGAH menjemput aku sebagai event manager utk Autoshow . Karnival yg diberi nama Festival Kenyir 2013 ini bakal berlangsung dr 16/5 ke 20/5 dan pelbagai acara menarik telah diatur oleh pihak KETENGAH . Inilah kali pertama aku dapat buat event di sebelah Pantai Timur ni...kira ni mcm satu penghargaan buat aku dan InsyaAllah aku akan buat yg terbaek .
So lepas meeting tadi ...sempat lah ronda2 sekitar kawasan Tasek Kenyir tadi ...esok aku akan ke Kota Bharu lak sebab ada meeting lagi satu untuk event bulan 6 .penat2 wo !

Bersama En Jafrie..Pegawai KETENGAH










Wednesday, April 24, 2013

Meeting at McDonald's Taiping Lake Garden 24/4/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Lepas balik kerja petang tadi , teros aku ke Taiping sebab ada meeting dgn Pn Radziah ( Manager McD Lake Garden,Taiping ). Aku bercadang nak buat event autoshow kat situ pada pertengahan Mei nanti..Kalau di tengok dari segi logistik , lokasi McD ni mmg tempat yg sempoi utk buat event..sebab ianya terletak didalam tempat tumpuan org ramai dan tak jauh pon dr Zoo Taiping. Perbincangan yg mengambil masa lebih kurang sejam..telah menampakkan respon positive dr pihak McD..apa pon aku kena tunggu sampai hujung minggu ni utk pengesahan ....harap2 lah depa setuju nak buat :)




Sunday, April 21, 2013

UNIKL Auto Carnival 21/4/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Alhamdulillah selesai sudah event kat UNIKL tadi ..sambutan yg diterima amat menggalakkan dr tahun yg lepas..aku tak larat nk tulih panjang2...hampa tengok ler sendiri yer ...

















Saturday, April 20, 2013

UNIKL Autoshow esok 21/4

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Apa mcm penamaan calon di tempat hampa harini ?? Mesti best kan ..tak kisah lah sapa yg anda sokong ..BN @ PR...janji semua nya selamat dan berjalan lancar harini . OK...esok hari yg busy bagi aku sebab acara pemotoran tahunan anjuuran UNIKL , Kulim bakal berlangsung...tahun ni merupakan tahun ke-3 aku bekerjasama dgn UNIKL dlm penganjuran Autoshow..kepada sesapa yg berkesempataan esok ..jom la p sana esok..


Thursday, April 18, 2013

Autoshow SK Ara Rendang Pokok Sena Kedah 14/3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Last week aku mmg busy gila..mana tak nya...aku nak kena handle 2 event berturut2..Sabtu 13/4 di  Autoshow Jusco manakala 14/4 di SK Ara Rendang ni lak . Autoshow di SK ni sempena Sambutan Jubli Perak sekolah tersebut , selain slot kuiz agama serta pidato antara sekolah...pertandingan autoshow turut disajikan pd para pengunjung...terima kaseh pd semua krew yg menjayakan event ni haritu .















Autoshow AEOn Jusco Bandar Perda Apr 13 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Buat julung2 kalinya ..satu acara permotoran telah berjaya menggegarkan Aeon Jusco Bandar Perda Sabtu baru ni . Acara yg gempaq ni len tak len telah dianjurkan ..ehem2...oleh aku sendiri..pada awal pagi acara demo drift telah diadakan dan disambung pulak dgn acara autoshow pd sebelah petangnya dan berlarutan hingga ke malam . Mmg best buat event kat sini..InsyaAllah aku akan buat lagi kat sini pd June nanti .