Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, October 29, 2012

Helang Waja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Penat kenduri pon x habih lagi nih...apa pon tenkiu pd semua kengkawan yg sudi mendoakan kebahagian perkahwinan adik lelaki saya .OK kita lupakan bab kenduri nih...kita sambung pasal kereta lak ...masa Autoshow Gombak bulan lepas..aku amat teruja tengok kereta macha ni ..hebat betul modified nya .
Dah hilang langsung identiti sebenar Waja ni. Hampir keseluruhan luaran dan dalaman kereta beliau ini telah di airbrushed kan dgn konsep eagle ! sampai rear seat pon hg balun dgn cat bro..ni mesti kes tiru kereta aku dulu kan hehe..


Bro Rizz..jgn mara no..aku cilok skit pics kereta ni dr album hang :)

Sunday, October 28, 2012

Majlis perkahwinan adik saya...Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Alhamdulillah majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki selesai pada harini..walaupon hujan turun lebat sebentar pada tengahari..ianya tidak menjejaskan langsung perjalanan majlis kami harini . Jemputan yg hadir telah mencapai sasaran yg kami set kan dan lauk pauk pon tidak lah berlebihan sangat . Nak tau menu apa yg special harini selain nasi minyak ?...aku bawak kan char koe teow !!! Limited untuk 400 org saja tau..untung la sapa yg dapat makan tadi ..Aku ucapkan ribuan terima kaseh pd rakan2 yg sudi hadir pd majlis kami ini...

Ramai yg beratur utk dapatkan char kow teow ni...

sempat lagi adik aku buat show off scooter dia ...

Antara geng2 kereta yg sudi hadir ..thanks guys !






Org kuat dibelakang tabir...isteriku ...




Saturday, October 27, 2012

Kenduri kawen adik aku ...Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Hari ni merupakan majlis perkahwinan adik bongsu aku ( dia lah pemilik scooter marilyn-monroe tu ) di sebelah rumah wife dia @ Tiikam Batu Sg Petani . Majlis harini berlangsung serentak 4 mempelai ..kira meriah la harini . Apa pon tahniah buat hang ..Wadi dan Hidayah semoga kekal bahagia ke akhir hayat . Esok pulak majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki di kulim...sibuk pulak la aku esok....




Antara Myvi yg cun di utara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Sebelum kita jengah kereta Myvi ni...saya dgn ini berbeasr hati menjemput semua rakan2 bloggers ke perkahwinan saya ..eh silap..perkahwinan adik lelaki saya pada hari Ahad Oct 28 di Taman Kempas Indah Kulim ( belakang pusat servis Toyota ) . Mintak maaf sebab terlewat jemput . Semoga dgn kehadiran kalian akan memeriahkan majlis ini nanti .



Aku shoot pics keta ni masa Autoshow Baling Kedah Sept 9th yg lalu . Apa pendapat hampa ttg kereta ni ?


















Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha buat semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua rakan2 ku..Berhati2 masa memandu tu..la nmusim hujan ..jangan lah kita pulak yg "di korbankan " nanti :)...


Wednesday, October 24, 2012

Kemalangan maut @ Prai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Satu lagi kemalangan maut berlaku di Kawasan Perindustrian Perai ptg tadi . Laluan ini mmg dikenali sebagai "black area" kerana kerap kemalangan maut terjadi kat sini . Aku pernah kehilangan rakan sekerja kat area ni juga kira2 2 thn yg lalu...
Kejadian ni berlaku berhampiran kilang tempat aku kerja ( Sanyo Automedia )..OTW balik tadi sempat singgah jap untuk tengok dgn lebih dekat..kemalangan yg membabtikan 2 buah kereta , sebuah bas kilang dan sebuah motorsikal ini telah mengorbankan penunggang motor tersebut . Kesian aku tengok mangsa parah di kepala akibat digilis tayar bas tersebut. Dari cakap2 org kat situ..bas kilang tu tak berhenti masa traffic light tengah merah..aku ucapkan takziah buat keluarga mangsa...



Keadaan motor mangsa






Tuesday, October 23, 2012

Gempaq Bangat kembali lagi ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Lepas balik dr show off McD Taiping , malam tu pulak aku ke Autocity untuk mula promote event autoshow kat sini pada Nov 11th nanti . Kalau hampa nk tau..ini kali ketiga aku buat event kat Juru Autocity ni...first time Dec 2011...second time Feb 2012 yang lalu. Event kali ni aku aku namakan Gempaq Bangat Mega Autosalon 2012...haa..sempoi tak tajuk ? Ala2 Indon kan...:)

Semalam aku p gantung banner kat tempat2 strategic kat dlm area Autocity.....kalau hampa p ..sure nampak punya ...





Ni pulak form untuk apply permit polis...esok baru nk submit kat IPD Bandar Perda..




Sunday, October 21, 2012

Show Off sempena opening ceremony McD Lake Garden Taiping Oct 21 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Awal pagi tadi aku ke Taiping bawak sebahagian show cars dr Penang untuk support event ni . Kesemua kereta berjumlah 12 buah telah berkumpul di SSL Traders Hotel sebelum bergerak menuju ke McD tersebut melalui sekitar bandar Taiping sambil diiringi trafik polis . Upacara perasmian telah dilakukan oleh YB Dato' Mohammad Zahir , ADUN Kemunting sambil di iringi oleh pancaragam dari Platun Serunai, 9 Renjer .

Selain show off modified cars , pertandingan melukis , pakaian beragam serta pertunjukkan ular turut diadakan. Selain itu , event harini juga mendapat sokongan dr pihak Bomba dan AADK .Terletak dikawasan yg sangat strategik , McD cawangan Taman Tasek Taiping ni merupakan milik En. Nidzam Norwani ...bukan sikit tau kos yg dia keluarkan ...berjuta-juta beb ! Lebih kurang jam 2pm..selesai sudah acara .naseb baik x hujan ...apa pon thanks pd Shahruddin sebab bgi aku freE McD coupon...:)



















Ditengah2 pakai baju hitam tu la ..toke McD...yg paling hensem berdiri tiga dr kanan tu aku la...