Amacam blog aku....OK tak ?

Sunday, September 30, 2012

Jalan2 cari project

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Seperti mana yg aku kasi tau semalam ..tujuan utama aku ke KL ..selain jln2 cari makan..aku juga ada agenda2 lain yang berkaitan dgn show aku . Hari Sabtu aku ada 3 meeting yg perlu hadiri dan semuanya amat penting bagi aku .  Dah tiba masanya aku buat show diluar dari Penang...dah tiba masanya company aku ( GM Event Management ) perlu penetrate states yg lain pulak ..baru lah lagi terkenal kan ..
Dalam menyahut cabaran ini..aku beranikan diri untuk organize 2 big event InsyaAllah yg akan berlangsung tak lama lagi .

Semalam aku ke UKM Bangi meeting dgn En Bisharuzi Omar ..Pegawai Sains Kanan UKM merangkap penyelaras event sempena pesta konvo UKM pd Oct 20 dan 21 nanti . InsyaAllah aku akan organize Autoshow kat sini..sekarang ni masih dlm process perbincangan.


Tapak cadangan autoshow..


Selepas habis meeting di UKM ..aku bergegas ke Klang ..untuk berjumpa dgn Mr Ganeson and Hyrax Team berbincang untuk mendapat sponsor dr pihak Hyrax Oil..Alhamdulillah mereka sudi untuk sponsor event aku nanti .


Lepas meeting dgn Team Hyrax..aku ke Kompleks Sukan Pandamaran Klang untuk meeting dgn Ms Nisha and husband...mereka yang menjalankan bisnes advertising ingin mengadakan karnival sempena sambutan Deepavali yg bermula dr Nov 5th ke Nov 12th . Mereka mintak aku untuk organize event autoshow pada Nov 10th nanti . Basically..aku ok jer...cuma tunggu relevant documents sebelum aku proceed ttg show ni .


Cadangan tapak untuk pertandingan autoshow..

Sebelum balik Penang ..11.30 am pagi tadi aku ada lagi satu meeting ..kali ni dgn pihak MPS dan AMK Gombak ...meeting untuk buat show di Dataran Uptown Sri Gombak Oct 14th ni .



Cadangan tapak pertandingan ....


Penat wei.....hampa ingat senang ka nak buat event ...


Saturday, September 29, 2012

Double glamer !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Aku la ni kat KL..baru sampai semalam ..ada hal skit harini...nantilah aku cerita kat hampa hampa yg aku buat kat sini on next entry .Apa pon kedatangan aku kat KL kali ni mmg berbaloi sangat dan tak sia2 . Pasai pa aku letak tajuk entry aku kali ni "Double Glamer" ? sebab bulan ni ..muka aku merata-rata dlm majalah ! haha..jgn jeles noo..

Beberapa event aku dh published dalam KARHIFI dan ICEMAG magazine bulan ni . Dalam majalah KARHIFI bulan ni ada memaparkan 3 event aku yg lalu iaitu :

Autoshow Kulim Landmark Central April 26 2012




Autoshow The Carnivall Sg Petani Aug 31 2012




Autoshow Karnival Jelajah Sihat Politeknik Seberang Perai 7 July 2012



Manakala majalah ICEMAG pulak memaparkan 2 event aku yg lepas..iaitu di

Autoshow Karnival Beruas Bersama RTM Perak May 26 2012






Autoshow Sambutan Hari Belia P.Pinang May 19 2012






Monday, September 24, 2012

Daihatsu boleh jadi mcm ni ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Jika kelmarin dulu aku bawak hampa berkenalan dgn Cikgu Khairul ...ala yg bawak Camry hitam tu ..harini mai aku nak perkenalkan kat hampa kereta teammate dia pulak ...juga berasal dr Sg Petani . Sapa sangka kan ..kereta yg asal cuma Daihatsu jer..boleh transformed sampai jadi macam ni . Hampir keseluruhan reka bentuk keta ini telah digarap atau diubah sepenuhnya termasuklah interior nya sekali .
Dengan "wide body" nya..dengan kemantopan sound systemnya ...terbukti ..jentera ini kekal mendominasi carta top Best Open Extreme di utara tanahair ! Kipidap bro..

Ni la ha owner dia..lupa lak nama bro..














Ini bumbung...




Sunday, September 23, 2012

Camry Cikgu Khairul

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Alhamdulillah..aku dh fully recovered dr demam..thanks pd kengkawan yg bg nasihat serta doa buat aku ...hanya Allah dpt membalas jasa baik kalian.OK tanpa membuang masa ..tuan empunya jentera yg bertuah mendapat liputan dr aku kali ini adalah Toyota Camry milik bro khairul.cheman yg menetap di Sg Petani Kedah .
Bro Khairul ini merupakan seorang warga pendidik dan kerap sertai autoshow yg aku anjurkan . Jentera beliau yg membawa konsep VIP dah kerap kali menggondol pelbagai kejuaraan termasuk yg terbaru di Autoshow Baling pada Sept 9th yg lalu . Tengok gaya modified cikgu ni dh betul2 ngalahkan keta cikgu besaq dah ! haha jgn marah no cikgu...beriban dh lebur ni ..tp minat punya pasai ..semua no hal kan cikgu...BTW..bila cikgu nk boh rim 20" tu ?

Tahniah cikgu...pasai menang kat Balim hari tu ..jgn dok dakap masa tidoq udah la ..

Errr..air sus B.A.T.A ??

Friday, September 21, 2012

Entry paling pendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Aku demam..itu saja aku nk kasi tau ,,,

Sunday, September 16, 2012

3 open house + 1 drift show

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Weekend aku kali ni mmg busy gila..plan asal nk bercuti bersama family tapi semua kena cancelled sbb tetiba byk sgt yg nk kena aku buat . Meh tgk xtvt aku minggu ni ...

Sabtu - pagi p kerja --- petang kol 4 p Simpang Pulai , Perak..ada meeting ngan otai2 kelab audio Perak
Ahad - open house kat kulim--pastu kat Lunas--pastu ke rumah toke canopy..Mazwan kat Pokok Sena
         - kol 6 ke Taman Selat layan drfit dan meeting dgn team Pro Spec utk event bulan Nov. Sempat gak         naik keta drift tadi..perghh..mcm nk tercabut jantung ku ! Ini pengalaman kali ketiga aku naik keta drift ni..first kat Autoshow UNIKL Kulim dan kedua kat Autoshow sambutan hari belia PP

Isnin - kena p kerja sat---mlm ada meeting kat Autocity pulak ..



1st time aku tengok open house raya ada paintball !


ada fun game utk bebudak lagi !




aku dengan ketaq nya dok kat seat belakang..tunggu utk take off...

Aku tumpang RX7 ni la tadi ...