Amacam blog aku....OK tak ?

Friday, August 31, 2012

Happening now at Autoshow The Carnivall SP Part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Harini berlangsungnya Autoshow The Carnivall @ Sg Petani . Awal2 pagi dh penuh dengan kehadiiraan club2 kereta terutamanya dari team PWC utara ( Prooton Wira Club ) .Sampai kan hampir penuh parking dgn kereta mereka. Harap2 cuaca hari ni ok dan selesai dgn baik pd petang nanti...














Tuesday, August 28, 2012

Captain America is looking for another ride

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Petang tadi aku singgah jap kat kedai Tom's Sticker @ Bukit Mertajam...lama x jumpak kawan aku si Kelvin ni..tengah2 gebang dia bersuara nk juai kereta modified dia ni . Katanya dlm RM30K..hampa nak tak ? kot2 la teringin nak main autoshow ...:)

Kalau hampa teringin ..kontek la Bro Kelvin ni..facebook kelvin sim
Lupa lak no tepon dia...

Motor yg kanan tu x juai..champion punya tu !





Monday, August 27, 2012

Sticker for Autoshow The Carnivall

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Seperti mana yg hampa semua maklum ..bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yg ke 55 nanti..aku akan organize satu pertandingan autoshow dan audioshow di The Carnivall Sg Petani pd Jumaat ni . Alhamdulillah segala persiapan telah siap sepenuhnya .
Macam biasa ..setiap kali pertandingan autoshow..Tom's Sticker sekali lagi sudi untuk sponsor sticker kereta buat para peserta yg bakal bertanding nanti . Amacam design kali ni ..OK tak ?


Sunday, August 26, 2012

Ultra Racing coming to Kulim

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Tengahari tadi aku sempat singgah kedai kawan aku ni...dia bakal menjalankan bisnes yg berkaitan dgn acc kereta dan high performance bar berjenama Ultra Racing . Kedai yg bakal beroperasi di Kulim ( berhampiran Taman Kempas ..x jauh dr Giat Mara Kulim ) sedang dlm process setup dan bakal dibuka secara rasmi pd 8/9 nanti .
Saudara Yanto merupakan customer tegar jenama ini dan beliau juga merupakan salah seorang peserta autoshow yg amat disegani pd ketika ini . Aku pernah buat entry ttg kereta dia pd Feb yg lalu...nak tengok ? meh tekan sini .
Sebagai kawan ..aku akan cuba support setakat mana yg mampu..dan buat permulaan aku akan start promote dlm blog serta FB ( GM Event Management ) . Aku doakan beliau berjaya dalam bisnes dan tabah menghadapi segala cabaran dlm dunia perniagaan nanti.






Aku tumpang bangga jer...


Thursday, August 23, 2012

Desmond and his "MAFIA Hello Kitty" style

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Dah lama aku x buat entry ttg owner kereta2 modified nih . Apa kata hari ni aku share ngan korang sebuah lagi kereta modified yang dah semakin menjadi ganaz di area Penang ni . Kenari milik Bro Desmond  ini kerap kali joint setiap pertandingan autoshow yg aku anjurkan . Dari asal sebuah Kenari standard...sekarang ni jenteranya dh jdi semakin menarik dgn "kehadiran" air suspension yg baru dia installed baru2 ni ..

Kenari 2008 ni masih mengekalkan enjen asal 1.0cc ,transmission system , serta brek . Tetap dr segi aksessori nya ..dh byk beliau laburkan , byk perkakasan disalin dr jenama Move yg terkenal di Jepun..jom kita tengok apa yg dia dah buat terhadap kereta nya ini ..





Dah cium tanah....








Wednesday, August 22, 2012

Bantulah sekadar termampu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Amacam hampa semua ..Raya OK ? Aku dah mula kerja harini..boring nak mampoeh ..apa boleh buat dah kewajipan kan  . Tengah dok belek2 paper Metro tadi , aku terbaca satu story ttg ketabahan seorang suami yg menjaga isterinya yg menderita penyakit kegagalan saraf otak kira2 setahun yg lalu . Doktor menjangkan hayat isteri beliau adalah amat singkat tapi kuasa Allah sapa tahu kan . Saudara Abil telah mewujudkan sebuah blog khusus buat isteri tersayang beliau . Aku dah follo blog beliau.@ http://abil4fauziah.blogspot.com/...korang bila lagi ?

Dalam kita meraikan Aidilfitri ini , jangan lah kita lupakan pada insan2 yg kurang bernasib baik seperti mana yg sedang dialami oleh Saudara Abil ini , marilah sama2 kita hulurkan sumbangan ..tak kira dari segi material atau pun wang ringgit , sekurang2 nya kita utuskan doa serta kata - kata perangsang buat beliau . Buat Saudara Abil semoga beliau tabah menghadapi dugaan Allah ini .




Saturday, August 18, 2012

Kemaafaan ku pohon dari kalian semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Esok dh hari raya ..aku masih lagi kat opis kena kerja harini . Biarlah kawan2 yang jauh pegi bercuti dulu..kampung aku dekat ajer . Semua kawan2 dh buat entry ucapan selamat hari raya ..aku lagi yg masih belum .

Jadi dikesempatan yang mulia ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua rakan2 bloggers sekiranya ada penulisan atau entry aku selama ini ada yang menyakitkan hati kalian ..tidak lupa juga pada semua peminat2 sukan permotoran negara , rakan2 sponsors , sahabat handai yang mengenali diri ini . Kita hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan..maafkan aku sekali lagi .

Aku juga nak pesan pd diri aku sendiri serta anda semua , berhati2 lah semasa memandu make sure kita pergi dan pulang in one piece . Disamping kita meraikan hari lebaran ini..jangan kita lupa  pd insan2 yang tidak bernasib baik dan berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama kita yg ditindas golongan kaffir di seluruh dunia ini . Moga Allah selamat kan mereka .



Office dah lengang...

Friday, August 17, 2012

Nasi kandaq dan traffic jem

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita semua tak lama lagi..semua rakan2 dah mula buat entry wishing slmt hari raya ..bagi aku ..blom lgi nak start buat entry raya sebab sabtu pon aku kena kerja lagi ( adoi jem betoi arrrgghhhhh ).
Dah dekat nk raya ni wife aku pon dh mula malas nk masak dan berbuka kat rumah ( aku pon sama hahaha ), so tadi kami berbuka kat "port favourite" kami suami isteri ..iaitu mana lagi klu bukan kat Nasi Kandaq Pelita Auto City ,Juru . Seperti yg dijangka kan traffic kat area Prai ni dh meningkat secara mendadak maka byk lah juga kemalangan kecil berlaku termasuk insiden kt bawah ni masa aku on the way ke Juru tadi .

Buat rakan2 yg nak pulang beraya .hati2 lah masa memandu yer..pastikan kita pulang in one piece !

Dah start jem sebab ada xciden..

Org KL ni ..kesian ..camna la nak raya nanti kan 


 Ini jer yg aku mkn tadi ....

Wednesday, August 15, 2012

WW

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..


Saturday, August 11, 2012

Autoshow Merdeka @ The Carnivall Sg Petani

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Setelah berihat dekat sebulan dr sebarang xtvt show..kini tiba lah masanya utk aku kembali sibuk lepas ni. InsyaAllah aku akan anjurkan satu pertandingan autoshow dan audioshow @ The Carnivall Waterpark Sg Petani sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yg ke 55 pd Aug 31hb nanti . Kalau korang masih ingat ..aku pernah buat buat event yg sama kt sini pada bulan Mac yg lalu. click here kalau nk tengok past event .
Kali ini seperti biasa aku dapat sokongan penuh dr pihak Club Cinta Sayang Golf & Resort utk menjayakan event ini nanti . Kepada peminat atau peserta yg berminat nak join boleh la terus hubungi aku utk details info Khairul 0195712256 .Berikut adalah tentative programs serta categories yg akan dipertandingkan .

Aug 31st ( Friday )
10 am - Pendaftaran peserta bermula
12.30pm - 2.30pm lunch break dan Friday Prayer.
3pm - Pendaftaran tamat.
Ucapan aluan oleh MD Cinta Sayang Golf n Resort
Ucapan pleh President GM Event Management (aku sendiri ler... )
Nyanyian lagu Negaraku oleh semua hadirin yg hadir
4pm - pemarkahan bermula
6pm - Pemarkahan tamat.
6.30 - 7pm- Upacara penyampaian hadiah dan majlis tamat .

Autoshow Categories
Proton standard modified
Open standard modified
Open extreme modified
Perodua standard modified
Perodua extreme modified
MIRA looks
GT looks
Compact VIP style
Open VIP style

Audioshow categories
2 woofer SQ / SPL
4 woofer SQ / SPL
Open woofer ( EXCEPT VAN )

Aku juga menyediakan 5 trophies utk club2 kereta yg mempunyai penyertaan teramai



Thursday, August 9, 2012

Only in Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Korang dh bayaq zakat ka ??


Tuesday, August 7, 2012

Jom mkn seafood @ Restoran Udang Lipan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Semalam tercapai la jugak hasrat di hati nak berbuka di restoran kawan aku ni . Restoran Udang Lipan  ni baru jer beroperasi kira2 2 bulan yg sudah ..namun telah mendapat respon yg cukup baik bukan sahaja dari penduduk sekitar , malahan pengunjung dr luar !
Beliau yg jugak merupakan salah sorang "player autoshow" ni mmg dh lama berkecimpung dlm bisnes makan ni ..kira mcm family bisnes dh . Restoran ini terletak di Kampung Kedah , Parit Buntar Perak . Semalam merupakan kunjungan kali kedua aku ..hebat promosi yg dia buat  ..lagi 1km nak sampai restoran , penuh kiri kanan jalan dengan bunting restoran dia .
Selain seafood yg pelbagai jenis , restoran ini juga menghidangkan pelbagai masakan melayu , ikan bakar dan "main trademark" mereka dia iaitu Char Ko Teow Udang Lipan !
Oleh kerana aku ni tauke autoshow..dapat lah sikit diskaun dr dia hehe..kepada sesapa yg berminat utk menikmati hidangan kat situ ataupun ingin membuat tempahan..boleh lah call Saudara Amzar 012 5897266 . Buat Amzar , abg dia ( lupa lak nama ) serta Chef Abg Man ..tenkiu kasi diskaun ..len kali aku mai lagi no :)

Kalau hampa nk tgk keta dia mai tekan sini





Ni la ha rupanya Udang Lipan .


Keadaan meja selepas bukak posa ..