Amacam blog aku....OK tak ?

Tuesday, July 31, 2012

Buat renungan kita semua...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...


Saturday, July 28, 2012

MACE audio competition..Kulim Heat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Petang tadi aku ke Giant Kulim untuk tengok pertandingan car audio system anjuran MACE . Acara ni berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir pd esok . Event harini hanya untuk kategory SQ , manakala esok nya pulak untuk kategory SPL . Buat rakan2 yg berada di sekitar Kulim..jom arr sekali sekala layan dentuman audio dr kereta peserta esok, biaq luruh taik2 telinga tuh !


sapa amik gambaq aku kot belakang nie...









Perasaan aku dh mcm rojak ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Aku buat entry ni kt dlm opis aku sekarang ni ...15 min yg lalu aku dapat called dr seorang wanita .."Cik Khairul ingat lagi tak eksiden kat Permatang Tinggi Nov tahun lepas ? ". Teros jammed kepala otak aku seketika nk ingat balik apa yg terjadi pd hari tu ..Ya ..Ya..mmg aku ingat ttg kejadian pagi tu .aku tengok satu kejadian kemalangan jalan raya dimana mangsa yg menunggang motorsikal terlentang lemah di atas jalan akibat dilanggar oleh sebuah bas kilang .

Kejadian tu aku dh pernah published dlm blog aku ni..meh sini . Kalau korang nak tau ..wanita yg called aku tu adalah kakak si mangsa sendiri ! . Adik beliau meninggal dunia selepas 10 hari koma di hospital akibat kecederaan parah di muka , leher serta di pinggang . Tujuan dia called aku tu sebab nk mintak izin dr aku untuk guna photo yg aku siarkan tu sebagai bahan bukti di mahkamah dan mencari keadilan untuk arwah .

Aku tak berani nak komen ttg kejadian tu..aku pon x pasti pihak mana yg bersalah dan pihak mana yg benar . Buat keluarga mangsa , aku izinkan photo dr blog aku ni diambil untuk bahan rujukan mereka ..harapan aku agar kes ini akan selesai dan mereka mendapat pembelaan yg sewajarnya . Marilah kita sedekah kan Al Fatihah buat adik beliau...


Thursday, July 26, 2012

Bagi la "chan" isteri aku pulak ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Majalah Karhifi terbaru ( Edisi 33 ) dah sampai kat rumah aku pagi tadi ...edisi kali ini memaparkan Autoshow Penang Bike Week yg aku organized pd June yg lalu . Macam biasa ...kelibat aku terselit gak lam majalah tu ...dan yg paling best...isteri aku pon ada jugak.
Bagi "chan" la kan ..asyik2 muka aku jer yang keluaq...

Ishh..awat sejak kebelakangan ni aku dok mimpi Toyota Wish lak ni ...kacau2....







Tuesday, July 24, 2012

Blaupunkt Demo Car

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...








Monday, July 23, 2012

Next show....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Semalam aku ke Bandar Universiti dekat Bandar Seri Iskandar ( Perak ) .ada meeting pd pukul 3 ptg . Meeting ni pasal nak buat event autoshow pada bulan Sept nanti . Buat masa la aku x nak cerita lagi apa event tu..tapi InsyaAllah ...mmg best ! .
Dah lama benar aku x mai Bandar Seri Iskandar ni ..last sekali aku p masa aku masuk Autoshow Univ. Teknologi Petronas pd 2007 dulu . Tak sia2 mai jauh dr Penang...aku menang autoshow pd waktu tu .



Tempat cadangan untuk Autoshow ...

Saturday, July 21, 2012

Pemilik Preve..betul ka ni ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Aku baru ja dapat pics ni dr kawan aku..katanya kisah ni berlaku ni Sg Besi baru2 ni. Aku tak tau samada betul @ palsu ( mungkin sengaja diada2 kan ) cerita ini..Pemilik Proton Preve ini mengadu yg kereta Preve yg baru dibelinya mengalami masalah2 seperti dibawah ...

ENJIN ROSAK
GPS ROSAK

Mungkin benar atau sekadar provokasi untuk menjatuhkan maruah Proton di mata pengguna atau bakal pembeli Proton . Hampa ada dengar ka berita yg x baik tentang Preve ni ?? atau ada rakan2 blogger yg sudah pon memiliki Preve ni ..sila lah kongsi pengalaman anda disini....mana tau boleh dijadikan panduan buat kita semua .




Tak sampai sebulan enjen bocor...

GPS rosak...

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini kepada semua sahabat bloggers , peminat2 sukan bermotor negara serta kepada semua yg mendokong GM Event Management selama ini . Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan pada kita semua .


Sunday, July 15, 2012

Glamer lagik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Show aku kat Queensbay semalam x jadi ..last min mamat tu mintak cancel ...dah x dak baget ..cakap la awai2..jgn dok menyusahkan aku ! OK stop..aku meluat nak cerita lebih lanjut ttg hal ni 


Aku baru ja beli latest ICE MAG magazine pagi tadi ( VOL 23 )..kali ni autoshow hari belia peringkat negeri Perak yg berlangsung pd May 13th yg lalu  di UPSI Tanjung Malim telah published dlm edisi kali ni .Meh tengok...









Friday, July 13, 2012

Aku ingat dah habis...ada lagi rupanya ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Aku baru ja balik dr Queensbay Penang lepas meeting ngan seseorang kat sini...bukan ngan awek wei...meeting pasal nk buat show sabtu ni .Tu la aku ingat show Politeknik baru2 ni adalah yg terakhir sebelum posa..rupa2nya last minit tadi ada kawan suruh aku organize mini autoshow kat tempat dia di Queensbay ( The Queens..belakang Happy Mart ) sabtu ni .
Aku tidak lah meletakkan sebarang harapan tinggi atau dpt menerima sambutan hebat dr para peserta semua ..al maklum lah ..show last minit ni..takot ramai yg x leh datang...apa pon aku cuba lah buat yg terbaek nanti ...


Tapak pertandingan nanti 

Sunday, July 8, 2012

Autoshow Karnival Jelajah Sihat @ Politeknik Seberang Perai july 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Alhamdulillah show aku semalam selesai dgn berjaya sekali . Terima kaseh pada semua peserta2 autoshow , my sponsors dan tak lupa pd Mazwan Canopy dan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah kerana sudi memberi sokongan pd aku dlm menjayakan acara tersebut semalam . Aku dh letih ...ni lah show aku yg terakhir...byk lagi projek menanti aku selepas raya nanti ...buat Dkna ..abg mintak maaf x dapat buat show off  kt "Restoran Gelas Besar" semalam sebab semua peserta dh letih sangat ..InsyaAllah maybe sabtu ni kot ..


x sangka ...dh besar anak dara ayah nie...




Bersama Big Boss Mazwan Canopy..En Wan...TQ Tuan !

Saturday, July 7, 2012

Site utk show esok

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Terlebih dahulu aku nk ucapkan bebanyak terima kaseh pd kwn2 yg sudi singgah blog aku yg x seberapa ni .Aku mintak maaf sebab x dapat nak ziarah hampa buat masa la ni sebab sibuk sgt dgn urusan sana sini .

Esok bermula lah Autoshow Karnival Jelajah Sihat di Politeknik Seberang Perai ..dimana ianya merupakan show aku yg terakhir sebelum kita menyambut Ramadhan x lama lagi ...aku baru ja balik dr buat tinjauan kat tapak show tu tadi..harap2 semua nya berjalan lancar esok ..Aminnnnnnnn


Wednesday, July 4, 2012

Car Sticker utk Autoshow Politeknik Seberang Perai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

WW utk hari ni ..

Sunday, July 1, 2012

Big meeting...

Assalamualaikum dan salam sejaahtera buat rakan2 sekelian ...

Jadual aku harini sibuk sangat..awal2 pagi dh kena pegi office..tengahari balik rumah makan solat..kena pegi attend meeting dgn main sponsor aku iaitu Hyrax Oil @ Bandar Perda . Meeting ni telah dihadiri oleh semua Northern Region managers , main topic adalah perbincangan utk mengadakan product launching serta menjalankan program autoshow di beberapa buah state tak lama lagi ( maybe lepas raya kot ), antara states yg telah dipilh adalah Kelantan,Terengganu,Perak,NS dan Melaka .Berasap lah aku lepas ni..nampak gaya aku nk kena berenti kerja lah hehe