Amacam blog aku....OK tak ?

Tuesday, January 31, 2012

AUTOSHOW KARNIVAL MERAKYATKAN KEUSAHAWANAN 2012-MARA-28/29 JAN 12.

Next project coming soon

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Belum lagi penat habis autoshow kulim part 1 , part 2 , part 3 , aku la ni tengah bertungkus lumus untuk buat autoshow kat The Carnivall Water Park Sg Petani pada 3/3/2012 nanti . Bukan senang wo..ahad ni aku nk kena apply permit polis kt SP...kali ni show aku akan lebih gempak..sebab selain dr autoshow dan audioshow ...aku akan buat demo drift jugak...rugi la klu hampa x mai nanti .
Sekarang ni dr segi sponsorships semua dh OK...promotions dh bermula ..harap2 pihak Polis dpt membantu mengeluarkan permit tu saja .

Selain dr tu ..Gempaq Bangat Autoshow Round 2 akan datang x lama lagi...sapa yg blom tgk Round 1 ? meh tekan sini

Monday, January 30, 2012

Kulim Landmark Central Autoshow Jan 29th Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Penant x hbh lagi..hari ni kena mai kerja plak...adoii..mata kuyu dah nie..apa pon lega event dh selesai semalam . Jom layan pics sekitar show aku ni smlm ...kalau hampa nk tgk more pics..mai tekan sini dan lagi

Aku jadi emcee semalam...

Sunday, January 29, 2012

Alhamdulillah show aku berjaya !!!

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2sekelian...

Syukur ke hadrat Illahi..autoshow aku kali ni berakhir dgn jayanya .Hampir 90 buah kenderaan termasuk club2 kereta memenuhi Kulim Landmark Centtral hari ni . Terima kaseh dan tahniah buat para pemenang dan.club2 kereta dari...

1) X Tuned...tahniah kerana menang Best Car Club
2) Myvians
3) Kelab Kereta Lama Kulim
4) Kelab Viva
5) Audio Utara Crew

Dan sponsors utama aku..
1) Kulim Landmark Central
2) Hyrax Oil Sdn Bhd
3) Kar Hifi
Ucapan terima kaseh juga kepada
 Ketua Polis Daerah Kulim Sup. Tuan Hj Ghuzlan B Hj. Salleh
ASP Hj Hamdan , Ketua Bhg Pentadbiran IPD Kulim
ASP Ismail B Ayub , Ketua Trafik Daerah Kulim
semua peserta2

Suara aku dh serak..sbb jadii emcee tadi..byk pics akan menyusul..hampa layan yg ni dulu..

Aku dok tengah kira points ...

Kulim landmark Central Autoshow...LIVE UPDATE

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian

Hari ni akan berlangsungnya autoshow aku ni ....aku akan cuba buat hourly update ttg show hari ni .
Sbagai permulaan ....

8.30- p IPD Kulim ambik permit dan bertemu dgn Ketua Polis KUlim
8.45 - sampai kat tapak pertandingan...pekena roti canai dulu ...sapa pon x mai lagi

10.30 - set up in progress
- beberapa peserta dan wakil Kelab Kereta Lama baru saja tiba 



11.45am - hampir 20 buah kenderaan telah memenuhi ruang tapak pertandingan
4.30pm---gempak sunggoh..ramai yg datang !!! 











YB pon x sibuk mcm aku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Meh tgk apa yg aku buat arini...

6am--bangun tidoq..mandi..solat Suboh.
6.40am --p kerja
12.30---balik rumah ( sebab hari ni aku amik 1/2 day leave..ckp kat boss kata nk p kenduri..sorry boss..aku terpaksa kelentong )
singgah kedai photostat..laminate proposal..dan competition form utk esok
1pm---sampai rumah
mandi..solat
1.45---shoot p Sg Petani ada meeting ngan "The Carnival" top management ..discuss autoshow project..Alhamdulillah proposal aku depa suka ..bila date show ?? nanti aku kasi tau
2.45 --sampai SP
4.pm --shoot dr SP ke Bandar Sunway..ada upacara mkn2 free PKR Penang
6pm ---shoot p Kulim lak ..p check semua trophies utk show esok
balik rumah .....terlentoq depan TV.....TV yg tgk aku .....
kol 12am...baru nk update blog..sorry x sempat nk ziarah hampa lagi...aku ngantuk sgt dh nie..sok nk kena bangun awal dah ...

Tengah meeting nih..jgn dok p ushar awek baju hijau tu lak ..

Saturday, January 28, 2012

I'm sorry

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian....

Mintak maaf buat semua kawan2...aku x sempat nk update blog dan menziarahi hampa semua ..sebab buzy kat opis dan nk kena concentrate pd event aku Ahad ni . Kepada kawan2 yg free ahad ni ..mai la no Kulim Landmark Central..ada autoshow..kot2 la nak mintak sign otograf aku hehe..






Thursday, January 26, 2012

Best Win ever

Best win everAsslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Semalam aku buat housekeeping store bilik aku ..tetiba nampak trophies yang aku menang masa aku naik beskal dulu.Antara banyak2 kemenangan..yang ni lah kemenangan paling manis buat aku . Juara 140km lebuhraya @ Kuala Muda 1993 dulu...Yang paling aku x lupa dimana 60km terakhir aku berkayuh sorang2 meninggalkan pelumba yg lain ke garisan penamat sambil diiringi dengan marshall polis .


Tuesday, January 24, 2012

Mega show coming soon

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Semalam aku ada pre meeting dgn boss satu organizer nie..dia mintak aku organize autoshow dan car club gathering semasa karnival dia nanti . InsyaAllah klu jadi..inilah pertandingan autoshow yg terbesar bakal berlangsung kat Malaysia nie...aku ulang sekali lagi ...YANG TERBESAR DAN TERHEBAT kat dlm Malaysia nie .
Budget yang dia allocate mmg huge... x sangka dia boleh bagi byk tu ..Aku mintak maaf buat masa la aku x leh describe details ttg show tu ..yg pastinya karnival itu akan berlangsung di Penang pd March nanti .Harap2 leh la p mkn angin kat Gold Coast pas habih event nie ....

Tengah discuss kat Pelita nasi kandaq Juru Autocity 


AUTOSHOW GENERASI-Y @ TELOK KEMANG @ 21/1/2012....

Monday, January 23, 2012

Polis trafik kena hentam !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Ada sesapa ada info ttg insiden nie ?? Nampak mcm terok jer tu


Test drive Alfa Romeo 159

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Amacam ngan cuti raya hampa semua ...OK ? Semalam sempat gak la merasa naik kereta baru Alfa Romeo adik ipar aku  yg pulang bercuti sempena cuti CNY . Alfa Romeo 159 ni baru x sampai 2 minngu dia beli ..kira bau kedai lagi la .Alfa Romeo 159 ini adalah lanjutan dari model 156 yg berkapasiti enjen 2.2cc .

Kereta ini designed by Giorgetto Giugiaro ..maka tak hairanlah emblem kereta tu saja berharga RM200 setiap satu ! Kereta ini di datangkan dgn 2 jenis transmission ( manual dan auto ) dan mempunyai 9 airbags . Overall view kereta ni mmg best la ..nampak pon sporty cuma ruang tempat duduk belakang sedikit sempit dan suspension agak keras.Apa pon yg pastinya aku dapat merasa kereta yg berharga hampir RM170,XXX ini..ntah la bila la nk ada kereta sendiri camni.......

Friday, January 20, 2012

Hampa tau ka tempat ni kat mana??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Terserempak gambaq ni kat dlm FB sapa tah tadi ...kreatif betoi tuan punya gerai ni..."dapur half cut " tu !
Hampa tau ka tempat ni kat mana ?? cer citer ..


Thursday, January 19, 2012

Wira Faizal....Pahang mari..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Aku mtk maaf ..minggu ni mmg aku buzy sangat2 sbb tu x sempat nk lepak rumah hampa ...ada customer mai kilang aku ..biasa la nk kena melayan la plak depa nie.kira aku ni merangkap GRO terhormat lah 2/3 hari ni hehe . Moh kite ..kali ni kita ke Pahang lak ...Bro Faizal merupakan sahabat maya aku dan merupakan seorang blogger  juga merangkap orang kuat club proccpahang .
Dia pon minat dan mula berjinak2 dlm pertandingan autoshow ni . Bagi aku , modifikasi kereta Faizal ni masih dikira peringkat awal ..tak lama lagi ..sure kereta dia akan lebih gila dan berantu ! .Bila aku tengok Wira A/B dia ..teringat masa aku mula2 main autoshow ni dulu...aku pon dulu pakai A/B gak..nak tengok kereta aku dulu? mai sini .Apa pon buat Bro Faizal...teruskan usaha anda ...kalau hang terserempak ngan JPJ..jangan lari ..jgn gentar .....hang seru ja nama aku 3 kali ..InsyaAllah selamattttttttttttt he3x

Wednesday, January 18, 2012

Segmen Bicara Blogger oleh KizMyself

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

2 / 3 hari lepas aku telah di interviewed oleh Blogger kizmyself thru email untuk segmen Bicara Blogger beliau . First time ada org sudi interview aku walaupun ianya bukan dibuat secara formal ...mcm menteri sukan lak aku ni . Terima kaseh bebanyak Bro Kiz kerana sudi select aku untuk di interview...malu la plak..blog aku ni biasa ja ..ramai lagi yg hebat2 diluar sana .
Kalau hampa nak tengok keseluruhan inti pati interview tersebut ..jm pakat2 tekan sini .


Tuesday, January 17, 2012

Official sticker for Kulim landmark Central Autoshow 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian..

Inilah sticker yg bakal aku berikan kepada semua peserta yg masuk bertanding pd Autoshow Kulim Landmark itu nanti..ada antara kawan2 sekelian dh tgk sticker ni kat group Gang Blogger Sengal tadi..Amacam sempoi tak? Kalau sesapa nak sticker ni ..kena  la mai jumpak aku kat Kulim nanti ....




CTA COMPETITIVE TRACK AUTOSHOW. , SIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Aku mintak maaf sbb smlm buzy sgt dgn kerja kat opis dan x sempat nk singgah rumah hampa .Harini pon bz gak..tgk la keadaan camna..klu sempat aku singgah jap pekena "coq kodok" . OK , pics ni dikirim oleh sahabat aku Yanto yg berkesempatan bertanding kat SIC Autoshow pd minggu lepas .Rajin hang no..dari Kulim sanggup turun Sepang . Dengaq kata dia pon ada ranking gak masa show tu..x pa nanti aku interview len kali .

Saturday, January 14, 2012

Next show....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Harini mmg aku busy sangat..hari Sabtu mmg aku x kerja..pepagi aku dh planned nak kayuh beskal..elok nk keluar boss called...kena p kilang...ada big problem...bila dah selesai semua..aku merempit balik rumah ambik wife dan anak2 sebab aku ada appointment kat sini.......The Carnival Sg Petani..


Untuk apa aku kesini ??? Hampa nk teka ? ...ha teka la dulu...

Lepas balik dari The Carnival tu aku ada appointment lagi satu kat Bandar Perda ..kali ni meeting dgn salah satu company yg akan sponsor next event aku. Bila dah selesai..aku ke Kulim lak..nak tempah trophies untuk Autoshow Kulim Jan 29 ni..Petang baru sampai rumah...barulah waktu sekarang ni baru aku nk singgah teratak hampa semua ...

Friday, January 13, 2012

Lexus LF-LC Hybrid Sports Coupe Concept

Angel Beats Mira

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Sapa kata cikgu x reti nak modified kereta ? Tengok la ha kereta Cikgu Madi dr Kuala Kangsar ni .Superb !
Minat sunggoh Cikgu Madi ngan karektor animasi dr Jepun ni ....anak murid pon x brani nak ikut tu ! Aku blom dapat information ttg full spec kereta beliau...InsyaAllah klu dia mai kat autoshow kulim Jan 29 ni ..boleh la aku interview dia ..
Buat cikgu cikgi di luar sana ...x mau ikut macam Cikgu Madi ka ??

Kereta beliau pernah menjadi cover story untuk majalah K-Kompak

Thursday, January 12, 2012

Tu dia meriam buloh



Honda Acura NSX concept car

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Ketika Detroit Auto Show pada Jan 9th baru2 ni..Honda telah revealed 3 model terbaru mereka termasuk lah Acura NSX ini .Tidak banyak info yg aku dapat dlm website sbb pihak Honda masih belum mendedahkan full spec kereta tersebut termasuklah selling price nya .
Acura NSX ini yang juga lebih dikenali sebagai "Japanese Ferrari" didatangkan dgn "direct-injection VTEC V-6 engine " ( power tu wei ! ) .Rupa2 nya dh 25 tahun model Acura ini dikeluarkan ..sudah semestinya dgn kemunculan NSX terbaru ini bakal melonjakkan lagi jenama Honda di arena permotoran dunia .

Official logo for GM Event Management

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Seperti yg korang semua sedia maklum..aku baru ja registered new company aku baru2 ni . Dah ada company..mesti ada official logo kan..Design asal ni aku yg buat...just lukis atas kertas seolah anak aku ja.


Untuk final touch up aku mintak pertolongan dari Bro Apit ( yg expert bab2 Doodle tu ) so hasilnya jadilah mcm ni . Thanks bebanyak bro and kudos buat hang pasai tolong aku buat design nie. Oleh kerana kami ni dah macam adik beradik ( memandai lak aku ni )..rasa2 aku dia buat free of charge kot...tak gitu Apit ? hehe


OK pada sesiapa yg berminat nk mintak tolong dia design ka apa ka ...leh la ke website dia kat sini..http://www.fizgraphic.com/



Wednesday, January 11, 2012

Flying Myvi

Sapa kata kereta x boleh terbang ??? boleh kan....

Detroit Auto Show 2012

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Untuk info.. Detroit autoshow ni baru ja tamat...aku pernah tengok event ni masa aku kat sana dulu...lama dah ..tahun 1997 kalau x silap ( Downtown yg penuh dengan "Mat Black" )..Dalam banyak2 pics kereta ni..aku paling suka tengok Acura NSX dan Lexus LF Concept tu...sempoi klu dapat sebijik !

Next Tron movie car ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Sebelum kita layan kereta macam UFO ni...meh sini aku bagi jawapan soalan teka teki semalam...hampir 90% telah meneka dgn betul !..mmg tujuan aku kesana untuk berbincang next autoshow project dan Alhamdulillah proposal aku dah approved . InsyaAllah aku akan buat autoshow dan audioshow kat Kulim Landmark Central @ Giant Kulim pd Jan 29hb ni..details ttg show tu aku akan update kemudian .
Kepada yg berjaya teka..tahniah la ya ...nak bagi duit..bonus baru ja aku perabih p KL aritu  :)


Tuesday, January 10, 2012

Pasai pa aku p sini ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Agak2 hampa la kan...pasai aku mai kat sini ? Ha teka teki lagi.....esok aku bg jawapannya..mari2 kita tengok sapa yang kena !!!!!

Adakah aku....

1)nak mintak kerja guard ?
2)saja gatai kaki p sana ?
3)cari kunci motor ?
4)cari member aku ?
5)mai nak mintak hutang /
6)nak ushar "marka" ?
7)mintak tolong depa "paging"... bini aku dh hilang ?
8)atau hampa ada jawapan len dr yg aku listed kan kat atas ???


BMW 7 series ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

At glance kita mesti agak yg kereta ini adalah model BMW 7 series...korang jgn tertipu ! Model asal kereta ini ialah Nissan Maxima ..Mesti ada antara korang yg pernah lihat @ terima email dr kengkwan ttg kereta ini..pics ni dh lama dlm simpanan aku cuma baru hari ni aku nk share ngan korang semua .
Owner ni berasal dr negara pengeluar minyak dunia  ..iaitu Kuwait ..bodykit kereta dia ni dah bercampur  aduk..ada yg dr BMW 7 series ,  BMW M3 dan Toyota Supra..kira ni kawen campur la ..

Habis nampak semua aurat kereta ni...terbelah sana..terbelah sini

Monday, January 9, 2012

Suzuki Q Concept revealed

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ...

Amboi klu menda free semua nk seat Recaro tu no...padan muka hampa..kui3x..Sorry lawak skit ari senin ni.. OK berbalik pd tajuk entry aku kali ni..jika sebelum ini aku posted ttg Micro Commuter concept car dari Honda..kali ni meh aku share ngan korang concept car dari Suzuki lak..kereta yg diberi nama Suzuki Q Concept ini powered by an electric engine sama mcm Honda tu jugak  . Tidak seperti concept car Honda ..kereta ini hanya mempunyai 2 seat sahaja ..ttg prize ..blom dinyatakan oleh Suzuki lagi...

Apa pendapat korang ttg kereta ini..adakah ianya sesuai bergerak bebas di jalanraya kat Malaysia ni ??

Nak seat Recaro tak ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian...

Kalau dh kemaruk nk pki seat Recaro yg ori...ambik ja mana2 kerusi yg ada kat dalam rumah tu pastu buat mcm nie...