Amacam blog aku....OK tak ?

Tuesday, August 7, 2012

Jom mkn seafood @ Restoran Udang Lipan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian ..

Semalam tercapai la jugak hasrat di hati nak berbuka di restoran kawan aku ni . Restoran Udang Lipan  ni baru jer beroperasi kira2 2 bulan yg sudah ..namun telah mendapat respon yg cukup baik bukan sahaja dari penduduk sekitar , malahan pengunjung dr luar !
Beliau yg jugak merupakan salah sorang "player autoshow" ni mmg dh lama berkecimpung dlm bisnes makan ni ..kira mcm family bisnes dh . Restoran ini terletak di Kampung Kedah , Parit Buntar Perak . Semalam merupakan kunjungan kali kedua aku ..hebat promosi yg dia buat  ..lagi 1km nak sampai restoran , penuh kiri kanan jalan dengan bunting restoran dia .
Selain seafood yg pelbagai jenis , restoran ini juga menghidangkan pelbagai masakan melayu , ikan bakar dan "main trademark" mereka dia iaitu Char Ko Teow Udang Lipan !
Oleh kerana aku ni tauke autoshow..dapat lah sikit diskaun dr dia hehe..kepada sesapa yg berminat utk menikmati hidangan kat situ ataupun ingin membuat tempahan..boleh lah call Saudara Amzar 012 5897266 . Buat Amzar , abg dia ( lupa lak nama ) serta Chef Abg Man ..tenkiu kasi diskaun ..len kali aku mai lagi no :)

Kalau hampa nk tgk keta dia mai tekan sini





Ni la ha rupanya Udang Lipan .


Keadaan meja selepas bukak posa ..





28 comments:

LydSunshine said...

Sedap ke udang lipan ni? Dia menggigit ke? Takut plak nak makan.

Knor said...

alhamdulillah..emmm kenyang uurgh..!

khairul said...

sedappp..cuba try test .rasa nya manis..tp bahya ..dia menggigit tau .tp bila dh masuk mulut kita yg gigit dia plak

Kazman / Sue said...

peerghh... penuh kulit udang jee... nasib baik kulit dia tak leh balun... kalau boleh pun dah licin dah... haaa3x...

O CIKTEDDY said...

knp ada nama Lipan..siti geli.huhu

L said...

oh kedai kat tepi jalan area parit buntaq.. huhu

zareliqa afiqa said...

Ehh, first time tgk udang lipan nie. Mcm takut jek pulak nak makan sebab ada nama lipan kat ctu. huuuu =.=

Edy Fee said...

siyes fav.kat kampung sekinchan selanggor..rwah atuk salu belikan setiap kali balik

Angel Beats aka Mira Classic said...

peh...memang terbaek lar... dh pekena nasi daging aritu.... mantop....

Koding said...

Selamat Menjamu Selera...
Sangat Selera Nampaknya Dgn Resepi Udang Lipan...

Zie said...

Haritu lalu nak pi Parit buntar nampak gak restoran ni... belum teringin nak pi.. ok tak? emm baru kan restoran ni... sebelum ni tak pernah nampak.. itulah kat simpang2 promo sakan restoran ni.. harap sukses

Kancil 8349 said...

ndak pernah makan lagi nie udang lipan nie...:)

dwaty said...

selamat berbuka puasa...

anie said...

Sedapnya

ummiross said...

Tak pernah makan lagi udang lipan ni, sedap ke khairul?

Hans said...

sedapnya udang lipan
manis rasanya

Botak said...

kebiasaannya harga seafood mesti kaw² tak henggat., hahaha..

Shaiful Zaidi said...

lum pernah singgah lg kat sini...
kalau lalu situ, bolehlah pi..

Fadzli Amir said...

kalu kat kampung perak memnag banyak mi udang lipan la mi kari udang lipan la...tapi kat penang ni tak pernah nampak pulak...kena pi parit buntaq la gayanya ni...

abhamz hamaz said...

assalam, boleh le try sbb dkt dgn rumah mak mertua teman...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

sedapnya seefud (^___^)

Dkna Abza said...

abg, apa rasanya udang tu?? sedap ke?
takot lak haiiissshh nak makan nampak macam lipan jer hihii

azizah :) said...

ayoyo first time dengar udang lipan.. menakutkan jer..hehee

Che Rosliza Che mat said...

CR tak pernah makan udang lipan...tengok pernahlah...sedap ke?

khairul said...

CR,,..rasa udang tu manis wo !

Anonymous said...

Salam Bro... Tolong Map utk ke Restoran Udg Lipan ni.. TQ

sams said...

Bro.. Tolong letakkan Map utk ke Restoran ni... TQ

khairul hassan said...

sams...sorry restoran ni dah tutup