Amacam blog aku....OK tak ?

Wednesday, November 30, 2011

Don play2 arr..ini Amman Danial yang punya !

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 ku sekelian .

Pelik betoi tajuk entry aku kali ni kan..saja aku tulih camtu..bagi nampak pelik skit . Actually aku pernah published kereta milik Bro Amman ni last Sept , masa tu kereta dia tengah dlm pembikinan dan hampir siap meh click here .
Bro Amman merupakan Presiden VIC ( salah satu kelab permotoran yg glamer di Somban , N9 ) .Dah nama pon Presiden..kereta mestilah kena gempaq kan ...so kereta Kia Optima beliau telah menjalani transformasi besar2an dlm menyahut cabaran di dlm pertandingan Autoshow tempatan . Khabarnya , kereta beliau telah merangkul salah satu kejuaraan di autoshow Gegaria Metro Pahang pd bulan lepas , congrats yer bro ! .

Klu sesapa  nk berkenalan @ nk tau lebih lanjut ttg kereta beliau..leh la contact thru fb dia Cakap banyak pon x guna....jom kita sama2 tengok final touch dr Bro Amman Danial ..

Tuesday, November 29, 2011

GempaQ Bangat Autoshow 2011

Amacam ..sempoi tak title autoshow aku tuh ? InsyaAllah kalau tak aral melintang di tengah jalan , autoshow ni akan berlangsung pd 10 Dec nanti @ Juru Autocity Penang .
Harini pon aku terpaksa ambik 1/2 day sebab pagi tadi aku kena ke IPD Bandar Perda untuk permohonan permit . Ini adalah lokasi pertandingan tersebut ...mmg luas tempat tu ..pihak Autocity telah reserved kesemua parking lot dr Affin Bank hingga lah ke RHB Bank . Orang Penang mesti tau tempat ni  , aku harap show ni akan success seperti show aku yg len...

Saturday, November 26, 2011

GempaQ aUTOSHOW 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers sekelian...

Ramai yg tak tau yg aku baru2 ni dah kena "kencin" lagi oleh manusia yg layak aku panggil ...PEMUTAQ ALAM NO 1 @ Malaysia . Mau aku x marah..janji nk bagi modal untuk aku buat autoshow kat Karnival Kulim yg berlangsung hari ni...sampai sekarang hilang ntah kemana .Yg aku ni dah buat promosi gila2 satu Malaya..last2 x jadi ..malu wo hampa tau ! Apa pon aku redha..pasti ada hikmah di sebalik itu..apa pon yg pasti , aku dh dpt pengajaran yg paling berguna .

OK aku x mau dh story bab kat Kulim tu...baru2 ni aku dpt lagi satu projek nk buat autoshow kat Juru Autocity Penang . InsyaAllah event ni mmg akan jadi pd Dec 10th nanti. segala persiapan dr segi trophy , location dan promosion tgh kami jalankan . Pagi tadi aku ke IPD Seberang Perai Tenagh uk mintak surat kebenaran dr PDRM...aku terlupa hari ni office mana bukak , maka terpaksa lah kena p next week lak . Maybe ramai antra bloggers sekelian dh dpt event invitation dr aku..sapa2 yg berkesempatan tu leh la dtg nanti .

Aku akan update details ttg show Autocity ni len kali ..

Friday, November 25, 2011

Kemalangan di Permatang Tinggi Bukit Mertajam Penang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian.

Sebentar tadi berlaku satu kemalangan di persimpangan 3 dekat Permatang Tinggi Bukit Mertajam Penang .Lokasi kejadian terletak tidak jauh dari rumah aku . Aku yg on the way ke tempat kerja , sempat berhenti sebentar utk melihat keadaan si mangsa .Aku difahamkan pemandu bas kilang tu tak berhenti masa lampu merah ( rasa mcm nk balun ja driver bas tuh ! )..

Kecederaan mangsa agak parah terutama di bahagian muka  , sebagai orang Islam kita wajib membantu sekadar termampu , aku suruh mangsa bersabar...ingat Allah dan ajar dia mengucap . Memandangkan aku kena sampai ke tempat kerja aku sebelum 7.30am , x dapatlah aku nk tunggu lama2 kat situ .Kurang 10 min anggota JPAM pon sampai ke tempat kejadian . Aku harap si mangsa dapat diselamatkan

Thursday, November 24, 2011

Autoshow Gegaria Harian Metro Kepala Batas 20/11/2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekelian.

Inilah antara jentera2 yg mengganas pada autoshow tersebut...

Wednesday, November 23, 2011

Rabu yg sunyi........

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 blogger ku sekelian..aku sibuk skit arini ...x sempat nk singgah rumah hampa..nanti petang klu line clear aku mai no...


Tuesday, November 22, 2011

Autoshow Karnival Gegaria Harian Metro Kepala Batas Nov 19th

Pada hari sabtu berlangsung pertandingan autoshow untuk kategory motor / scooter .Adik aku pon masuk gak..ala scooter yg ada gambar Marylin Monroe , klu nk taw meh sini . Dia dpt no 1 kategory "Airbrush" . Nanti aku share kategory kereta lak OK .

Monday, November 21, 2011

Autoshow Parit Buntar Nov 19th

Aku sampai lewat ke show ni..x sempat nk tengok , so aku cilok pics ni dr kengkawan aku jer la buat tatapan korang...

Aku...isteri ...dan SEARCH

Sabtu lepas berlangsung nya konsert 30th annivesary kumpulan SEARH di Stadium Batu Kawan Penang .Show bermula agak lewat skit sekitar jam 10.30pm kerana hujan lebat pd awalnya . Dah lama aku x layan konsert ni , oleh kerana jarak Stad. dr rumah aku x jauh ( lebih kurang 5km ) , maka kami suami isteri pon pegi lah pd mlm tu ...nostalgia zaman rock telah menjelma semula .Sorry aku terlupa nk bawak camera , semua images cuma ada dlm kepala aku saja .

Pastu semalam lak ....kami anak beranak ke Karnival Gegaria Harian Metro di Kepala Batas ..antara acara yg berlangsung adalah pertandingan autoshow , karaoke , games dan special apperance dr kumpulan SEARCH ! wah..2 hari berturut2 tengok SEARCH ni. Kedatangan mereka ke situ hanyalah untuk membuat  promosi konsert mereka di JB & KL nanti .

Ketika press conference sedang berlangsung , kami suami isteri dapat mencelah masuk sebab antara krew2 yg ada kt situ merupakan kawan2 aku jugak ! So dapatlah kami bergambar bersama dgn kump. SEARCH . Sapa yg teruja dapat bergambar dgn lagenda rock tanahair ni kan ...ini lah pengalaman yg x dpt kami lupakan ...yg pastinya ..tercapai lah hasrat isteri ku utk bergambar bersama mereka ...


Saturday, November 19, 2011

Batman is coming to town ...Part 2

Jeng..jeng...jeng...kereta Batman ni dah siap kelmarin dulu  , sesapa yg x sempat nk tengok process airbrushing tu..meh click here .Smlm aku p tengok kereta ni kat dlm bengkel...tunggu masa untuk polish saja , petang ni leh la owner tu bawak balik .Sure kembang hidong masa nak drive balik ke Taiping nanti . Len kali aku akan buat special entry ttg kereta dan tuan empunya Batman ni .

Audioshow @ Stadium Darulaman Kedah Nov 18th

Friday, November 18, 2011

Lubang punya la besaq

Dah lama aku tak mengalami kejadian tayar pancet bila naik motor..tup2 pagi tadi masa naik mai kerja tayar belakang motor aku pancet ..seb baik x terbabas...tu pon aku gagah naik jugak sampai ke tempat kerja..bergoyang jugak lah aku pagi2 tadi...saja aku x mau berhenti panggil pomen..sbb aku tau..kalau panggil jenuh depa nak mai kalau pagi2 buta ni

Baru sebentar tadi pomen dtg ke tempat kerja aku utk tukar tube baru ..Mak aii...sikit punya besaq lubang ! mcm duit syiling seposen .Apek tu kata ..aku tak buboh angin cukup2..sbb tu jadi lagu tu ..x pa lah yg penting problem solved dan aku boleh baik rumah mlm nanti InsyaAllah ...





Alza Din punya

Alza milik Bro Din ni pernah aku share ngan hampa semua pada awai January tahun ini click here . Kali terakhir aku jumpak owner ni dgn jentera dia ialah pada Autoshow KUD Sg Petani yg lalu .Dah semakin mantop dan hensem kereta beliau sekarang ni .
Aku tengok interior kereta beliau nak macam hotel Dubai dah..kombinasi warna serta fabrik yg telah digarap dgn kemas ..menyerlah kan lagi identiti VIP kereta ini . Kalau sesapa nk berkenalan atau nk bertanya lebih lanjut ttg kereta beliau boleh la contact thru Fb dia ni .


Thursday, November 17, 2011

Batman is coming to town ...

Kalau x silap aku  , last week aku posted ttg Suzuki Swift ni click here.Actually owner ni hantar kereta dia kat adik aku untuk  dibuat airbrush . Concept dan design yg dia mau ialah dari character Batman ( aku x pasti samada Robin ada ker tak ). Pics ni aku ambik kelmarin dulu , lusa siap la kot .

Bila dah siap semuanya  , aku akan share ngan korang nanti ....

Wednesday, November 16, 2011

Traffic jam is due to ..........


Mai kita tolong Blogger Adylia

Buka blog pepagi tadi ternampak satu comment dr Cik Adylia A.K.A Dkna blogger dari kasihsuci-whh.blogspot.com yang menyatakan bahawa blog beliau muncul seperti di bawah nie .Bila dah jadi mcm ni teringat balik kejadian blog aku kena hacked dulu..mmg cuak gila kalau kena macam ni.
Teros terang cakap , aku pon x tau nk buat macam mana klu blog aku sendiri terkena mcm ni .Harap2 buat semua rakan blogger di luar sana  , tolong lah bantu Cik Adylia kita ni bagaimana cara utk selesaikan masalah nie


Buat Dkna...harap bersabar nanti ramai rakan2 kita akan membantu  , InsyaAllah







Monday, November 14, 2011

Adriana's Annual Graduation Day

Pejam celik tanpa aku sedar ...anak bongsu kesayangan aku dah nk masuk umo 6 tahun depan  , sabtu lepas Annual Graduation dia  . Alhamdulillah result final exam dia tak mengecewakan aku . First time aku tengok dia took part dlm acara stage performance..ala2 Poco2 (.bila aku suruh perform depan aku kat rumah ...dia x mau la pulak )

Aku nak mintak pendapat korang....aku sekarang ni dlm dilema ( bukan Malay Dilemma tau )...aku x pasti samada nak hantar anak aku ni ke sekolah Chinese @ kebangsaan bila dia nak masuk darjah 1 nanti . Sekarang ni mmg aku hantar dia ke Chinese kindergarden ...cuma yg merisaukan kalau aku hantar ke sekolah Cina ..macam mana kami sumai isteri nk ajar dia nanti....sepatah haram kami x paham !!

Ikut muka aku @ wife aku ??

Saturday, November 12, 2011

Biarlah rahsia dulu........

Apa akan jadi dengan Suzuki Swift nie ?? Atas permintaan owner , aku terpaksa hide kan sikit identity kereta ini ...tunggu hasil nya nanti !


Hariharan's masterpiece

Dah banyak kali owner ni mintak aku publish kan pics kereta beliau dlm blog aku nie..( kira hensem gak la kan blog aku ni :) .Cuma baru hari ni aku berkesempatan untuk menayangkan kereta beliau buat korang semua . Geram betol tgk color kereta dia  ni....hmm.."cewek" pon leh tahan gak tu !

Dulu aku pernah published ttg kereta cousin dia.......lagi gila ! Meh tgk sini jb-kingz-bmw

Satu soalan utk Kevin Hariharan..mana satu wife hang nie ????


Friday, November 11, 2011

Pasai ni lah aku busy sangat

Mintak maaf sekali kengkawan semua ..sejak sari dua ni aku busy skit...ada kerja penting yg perlu aku settel kan di tempat kerja .Meeting ngan supplier ....tele-conference ngan staff aku kat "obe c"...nak kene layan customer lagi..huu..penat2...

InsyaAllah ..esok aku singgah rumah hampa ok....jamu la apa yg patut yer ...


Wednesday, November 9, 2011

W tengahari Rabu

Mintak mahap kengkawan...harini aku bz skit..x sempat nak pekena coq kodok ngan kopi kat rumah hampa ...nanti bila dh setel ...aku datang ziarah yer..

Tuesday, November 8, 2011

Slow down guys.....

Hujan lebat sunggoh pagi ni kat Penang ...tengkok pulak dok "nyut2" pasai mkn dagin byk sangat . OK untuk mukadimah hari ni , aku publish kan satu article dari email yg aku dapat dr salah seorang sahabat aku . Moga2 ianya menjadi iktibar dan peringatan buat kita semua road users .


INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j)  di dalam satu ujian pelanggaran  paling pantas di dunia
Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j)  di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan  tiga kali ganda kelajuan lazim  yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta .

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat  dan akibatnya...

Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini, klik sini [ Free Malays ].

"Kepada yang suka pandu kereta laju-laju di Highway tu, ingat sebelum kena..."


Sunday, November 6, 2011

Toyota Alphard...Pasir Gudang mari...........

Pics ni aku cilok dari FB group (Johor Autoshow Members)..first time bila aku tgk keta ni ingatka mai dari Japan ..tapi rupa2 nya hasil ilham dan kreativiti yg tinggi dari rakyat Malaysia sendiri ! .
Mengikut cerita..owner ni tengah bersiap siaga utk membawa jentera dia ni "bertempur" dlm dunia autoshow tidak berapa lama lagi . Perrghh...kalau luaran pon dah garang...dalaman?? jgn cakaplah ...teringin gak nk tengok interior kereta ini...nanti aku try mintak kat depa .



Saturday, November 5, 2011

"SHOW OFF"-SEMPENA PERASMIAN UPTOWN KOMPLEKS BELIA & SUKAN PAROI

Selamat Hari Raya AidilAdha

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam khususnya rakan2 bloggers ku sekelian . Berhati - hati semasa memandu ,jangan lah pulak kita yg menjadi "korban" nanti . Dagin tu jgn dok mentekedarah byk sangat ....nanti penin kepala :)




Friday, November 4, 2011

Ery Kenari...mimpi ngeri di malam Krismas

Tuan empunya kereta ni mintak aku publish kan kereta beliau buat tatapan semua . Beliau kira otai gak dlm dunia autoshow ni .Cuma aku blom dapat details spec / acc ttg kereta beliau ni lagi ( maybe dia terlepas pandang ttg request yg aku sent ke dlm FB dia ) OK ...x pa ..sementara kita tunggu response dr dia...jom layan dulu kehebatan jentera "The Nighmare Before Christmas" nie....

Thursday, November 3, 2011

Spidey Kelisa

Sorry lewat sikit update blog dan ziarah kengkawan ...bz skit kt opis . Ketika Autoshow KUD kt Sg Petani baru2 ni KUD SP..aku sempatlah amik gambaq few cars utk bahan tatapan korang semua nanti . Aku ingat ka hanya Citra Wahida saja yg ada concept Spiderman ni...rupa2 nya Kelisa ni pon membawa design yg lebih kurang sama .
Cuma yg bezanya Citra Wahida menggunakan teknik airbrush manakala Kelisa ni menggunakan sticker utk menghiasi kereta beliau .Aku x sempat nk berkenalan dgn owner kereta ni ..x pa len kali kita jumpak lagi.

Akhirnya tiba jua..........

Aku ingat kan cek Nuff aku x approved..dah sebulan lebih aku tunggu, tiap2 hari balik kerja mesti aku selak post box rumah ...Yessss !! dah sampai ..Inilah hasilnya dah lebih setahun aku bergelumang dlm dunia blog ni...aku segan la nk tunjuk amount tu kat hampa ..cukuplah sekadar lepas nk beli tayar motor EX5 aku yg dah botak tu @ belanja anak bini aku "makkedonaldo" ( itu slang Jepun bila depa sebut Mc Donald ) .
Terima kaseh pada semua rakan2 yg sudi tekan2 kt blog aku ni....bila la aku leh merasa BE ni? hmmmmmmmmmmmmmmmmm

Thanks Nuff !

Wednesday, November 2, 2011

Honda Balck Devil ..revisited

Aku pernah buat entry ttg kereta ni honda-black-devil . Ini latest pic yg aku tengok dlm FB ..setakat ini aku x pasti samada bila overall modification kereta ini akan siap  , apa pon jentera ini pastinya akan mengganas didalam dunia autoshow selepas ini .


TZM barantu Part 3

Mai kita sambong usyar progress ttg TZM ni..klu sesapa yg belom tgk part 1 & 2 ..meh tekan sini .TZM part 1 dan TZM part 2 .Aku pon blom pasti bila project ni akan siap sepenuhnya .

Iswara UTI Audio with lamdo doors

Sorry pics ni aku ambil masa mlm kelmarin ..so sedikit kelam lah . Kereta ini kepunyaan salah seorang ahli kelab audio di Sg Petani ( UTI Audio ) . Beliau selalu gak menyertai pertandingan audioshow ni . Dek kerana dah tak tertahan ngan hasutan kengkawan dan tak boleh tidor lena malam...dia telah menghantar kereta beliau ke bengkel kami utk pemasangan "Lambo doors"....audio dah ganaz...keterampilan pon dah semakin ganaz....wow hebat nie...

Tuesday, November 1, 2011

Autoshow Gegaria Harian Metro Temerloh Pahang

Autoshow Karnival Usahawan Desa Sg Petani Oct 29th

Sorry geng..smlm aku malas betol nk update blog..bukannya x dak story...tapi entah lah .tetiba jiwa raga diselubungi misteri dan tahap kemalasan yg sangat kronik , sebab itulah keluaqnya entry Wordless Senin tu...eh.x boleh ka ?..apa pon jom layan autoshow kt SP ni...secara peribadi la kan..ada sesuatu yg tidak kena dengan autoshow ni...dah dengar ramai yg luah kan rasa tidak puas hati ttg penganjuran kali ini...x payah lah aku huraikan disini...biaq p lah kat depa ...

Blogger Malaya dan anak gadis nya