Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

InsyaAllah seluruh umat Islam akan menyambut bulan Syawal pada esok hari  , jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua rakan2 bloggers terutama buat semua followers saya .
Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada entry2 yang menyinggung perasaan @ kurang enak buat kalian sepanjang perkenalan kita di alam siber ini .Kepada yang mengumpat , mengata , mengutuk atau pun "tercedok" info dr blog saya ini...saya maafkan ( Bang Muse...cedok la lagi..saya x marah haha )
Di kala kita bergembira meraikan kedatangan AidilFitri ini , jangan lah kita lupa pada golongan yang kurang bernasib baik dan berhati2 semasa memandu tu .Saya pon pasti bila akan kembali berblogging..mood nk raya dah nie ...Mak..Abah..tunggu Kion balikkkkkkk !!!




Sunday, August 28, 2011

Geram nya aku !!!!

Mau x geram.dikala org leh dh mula bercuti..dh balik kampong dan dah lepak ngan family,aku pulak kena p kerja esok ...alasan "customer support " kat US tuh ..aduhai tensen nya aku . Nak buat camna kan..arahan kena obey la kan..nk pencen lambat lagi.....InsyaAllah kita nak raya Selasa ni..sok la aku wish kan selamat hari raya utk korang semua ya ...jam dh dekat 9pm..aku nk p Giant Kulim ngan bini jap....

Thursday, August 25, 2011

Lamborghini Madura

Ramai yg tahu @ pernah dengar @ dh  lihat Lamborghini samada di depan mata mahupun di dlm gambar .Model seperti Lamborghini Aventador , Revention dan Gallardo mmg sudah di ketahui umum , tapi pernah tak anda dengar ttg Lamborghini akan mengeluarkan kereta hybrid mereka sendiri ? Concept car Lamborghini Madura ini siap pada awal Dec 2009 dan merupakan jalinan kerjasama antara 2 tuners yg hebat iaitu dari Audi dan team Lamborghini sendiri .Kepada sesapa yg rasa tu mampu nk miliki monster ini ..cepat2 lah kumpul duit dari sekarang sbb kereta ini akan berada di pasaran pd tahun 2016 . Kalau aku ?? boleh cium gambaq jer la..nk harap duit tabong ...x cukup lagi..huhu

Buat Cik Siti http://cikteddycorner.blogspot.com/ , abg hadiah kan kereta ini buat awak ....:)

Wednesday, August 24, 2011

Nissan Teana low rider

Gempak betol la ! Berapa puloh ribu dia habiskan utk pasang Air suspension tuh ..2nd hand pon dh RM7K ~ 8K...

Tuesday, August 23, 2011

New Saga ESPIRE ?

Pics ni aku terima dari kawan aku..katanya ni lah rupa Saga BLM baru yg akan di beri nama ESPIRE . Aku pon x pasti kebenaran cerita ini...kalau betol lah Proton nak keluarkan ESPIRE ni ...sure laku mcm "cucoq kodok" nanti .Nampak cun ! Kalau korang ada info ttg model ni..mai pakat2 share kat sini ok ..

Monday, August 22, 2011

Bukak posa ngan Hantu Kak Limah

Sabtu lepas aku di jemput menghadiri majlis berbuka  puasa ngan rakan2 autoshow area Kulim dan gang2 Waja Club Northern Region kat Sri Impiana Inn ( Org Kulim mesti taw tempat ni ...kat Tmn Selaseh tu ) . Ramai yg hadir sampai kerusi meja pon dh x cukup..hanya RM10 utk adult dan RM5 utk budak2 ( maceh bebanyak Fairol pasai belanja kami 2 beranak )..aku dtg dgn my daughter ja..sbb wife dan hero aku lagi 2 orang kena balik Nibong Tebal .
Ada jugak yg datang ngan kereta autoshow masing2..antaranya Fairol ( Hantu Kak Limah ) , Zam Gen2 dan Naga Honda putih ( sporting laki bini..walaupon berlainan agama ..leh dtg bkk posa sekali ) . Cuaca x berapa mengizinkan sbb hujan mlm tu..lepas mkn dan solat Maghrib..masing2 pulang ngan perot yg kenyang . Selalu buat mcm ni kan baguih..leh makan free..hehe

Saturday, August 20, 2011

Honda Black Devil

Honda ini milik salah seorang sahabat aku kat Ampang .Beliau mmg salah seorang otai lah jugak dlm dunia autoshow ni. Dari pics yg dia sent , Honda dia la ni sedang menjalani "Operation Desert Storm" ..kira buat lagi ganaz la . Aku pon x sabaq nk tgk complete modification kereta nie , buat sementara nie kita layan dulu pics "before" and current progress kereta beliau ... 

Thursday, August 18, 2011

Kenapa lori ni tetiba berhenti tengah jalan ? 18SG


Kejadian menyayat hati ini berlaku betol2 di depan mata aku petang semalam ( lebih kurang kol 4 ptg)
ketika kami sekeluarga dlm perjalanan ke Bandar Perda . Seorang pemuda maut digilis lori 16 tayar betol2 di sebelah kereta aku . Aku x pasti identiti bangsa mangsa tersebut , kalau dilihat dari struktur tubuh nya mangsa mungkin berusia dlm lingkungan 25 ~ 30 tahun . Ketika aku melintas darah merah mengalir laju dr kepalanya ..ya Allah ....aku x tau nk cakap apa dah . Takot rasa nak naik motor lagi..kekadang kita dh sopan..org len yg kurang ajar..kekadang silap kita juga sendiri . Apa pon kepada semua pengguna2 jalanraya di luar sana ..termasuk aku sendiri..berhati2 lah semasa memandu @ menunggang @ membonceng terutama di musim perayaan yg bakal menjelma nanti . Kita hanya merancang..ajal maut di tangan Allah .





 Ketika entry di tulis ..emosi aku sedikit terganggu harini kerana semalam lebih kurang 1am aku dikejutkan dgn berita kembalinya rakan baik sekerja aku ke Rahmatullah akibat serangan sakit jantung pada usia yg masih dikira muda ..iaitu 48 tahun . Kalau korang nk tau , 19 tahun yg lalu beliaulah yg interviewed dan menerima aku bekerja kat tempat yg aku bekerja sekarang , baru beberapa hari jumpak..tup2 beliau dah di panggil mengadap yg maha Esa . Aku doakan semoga roh beliau di tempatkan dikalangan org2 yg beriman dan mendapat rahmat Allah . Buat keluarga isteri Allahyarham dan anak2..semoga tabah menghadapi dugaan ini .Sama2 lah kita sedekah kan Al Fatihah pd Allahyarham Shaik Abduk Kader ...

Tuesday, August 16, 2011

Aku ingat lembu ja yg ada tanduk........

Aku terjumpak pic kereta ni ketika dok menjelajah FB kengkawan tadi . Pelik sunggoh..kereta pon ada tanduk ! Kalau lembu @ kobau nampak ...sure depa tunduk hormat ni kah3x..Agak2 korang la....apa tujuan owner ni letakkan "tanduk" kat bonet kereta dia ?? Jom pakat kita teka ramai2 ....

Monday, August 15, 2011

Sham's Exora VIP concept

Entry ni aku tujukan khas buat bro Qhais dari http://qhaisrose.blogspot.com/ .
Beliau yg memiliki sebuah Exora dlm process nk upgrade kereta nya  mengikut konsep VIP . Exora mmg merupakan salah satu platform @ model kenderaan yg baik untuk di modify ...sekiranya di " tune " dan kena dgn gayanya .
Cukup sekadar bagi lowered , sport rim 18" ( 2 inci ) , side skirtings ...keterampilan sesebuah kenderaan akan berubah secara mendadak . Buat Bro Qhais...aku x dak pics Exora yg dh dimodified...tapi Exora ini adalah milik sahabat aku sendiri kat N9 (Bro Sham..owner Sham Big Sumo Autoshow Club) . Mengikut kata Bro Sham keta ni blom siap sepenuhnya lagi ..apa pon aku harap hang suka tgk pics ni dan boleh cilok sedikit sebanyak idea dr kereta nie . Kalau nk lebih ganazz..hantaq ja keta hang mai kat kami....taw la apa kami nak buat hahaha.
Bak kata pepatah..alang2 nak make up keta..biaq sampai berhantu !


Saturday, August 13, 2011

Zam's Gen2...revisited

Sehari suntuk aku dok kalot upgrade blog aku yg x seberapa canggih nie . Dgn bantuan rakan2 bloggers sekalian aku dah berjaya buat scroll box utk event autoshow dan blog archive aku tu ( tu pon dah bangga x kira dah..bloggers lain dah berbatu-batu tinggal aku ...maklumlah aku ni masih dikira newby dlm blogging nie ).Terima kaseh buat semua yg sudi nak membantu aku .
Berbalik pada entry aku hari ni..aku nk bawak korang semua melawat @ omputeh kata "revisit" la konon kereta Zam yg pernah aku published pd July 29th yg lalu( http://gilamodified.blogspot.com/2011/07/zams-gen2jerangkung-dalam-almari.html ).
Penampilan sulong beliau setelah di "Pimped My Ride" kan oleh kru2 KF Design...telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya mendapat tempat ke 2 kategory Proton Extreme di Autoshow Kulim Landmark baru2 ini .
Hampa semua jangan dok p cerita kat orang lain taw..rahsia ni..keseluruhan airbrush kereta Zam ni dilakukan oleh adik aku sendiri ( KF Airbrush ) ...mau tak menang hahaha !!!


Friday, August 12, 2011

mintak tolong sangat2

Saya mohon bantuan pd semua bloggers otai di luar sana ...
mcm mana cara utk saya masukkan blog archive dan labels kedalam scroll box ?
kepala hotak dh penin ni...tadi baru berjaya buat scroll box utk "Autoshow Schdules"..
mintak tolong yer

terima kaseh

jasa kalian amat sy hargai
nak balik cari mkn nk bkk posa dulu

Thursday, August 11, 2011

JB Kingz ..BMW 318i

Johor mmg terkenal sebagai salah satu port @ tempat kelahiran jentera2 modified yg ganaz dan pelik terutama dari segi bodykit dan airbrush . Aku pon x pasti macam mana depa nie mampu dan berani ubahsuai kereta mereka sampai sebegitu rupa ( porahhh..nak kata kat oarang konon ...kereta aku pon dulu mcm "hantu" jugak )
Mungkin mereka...
>banyak duit ?
>kebal dr segi undang2 ?
>ada pak menakan @ makcik @ abg Long kerja dlm polis/JPJ ?
>Kurang roadblock kat area Johor ?

Tak kisah apa pon sebabnya ...sekiranya minat dh mengatasi segala-galanya..maka lahirlah BMW ini yg di gelar JB Kingz..antara jentera yg paling ganaz di tanahair buat masa ini. Aku belom berkesempatan nk tgk kereta ni @ berkenalan dgn owner ni secara live..maklumlah Johor - Penang ..jauh Cik Jah hoi ! .InsyaAllah satu hari aku akan jumpak jugak ..



Monday, August 8, 2011

Super Star Avenue Autoshow Aug 6 2011

Fuh dasat2..dlm bulan posa pon ada autoshow ! Sebenarnya lokasi autoshow ni x jauh dr rumah aku..kira2 2 km ja  , aku pon x taw ada autoshow kat sini hinggalah ada sahabat aku dr Perlis yg kasi taw ( heran..camna org jauh boleh taw nie ... )
So sempatlah aku roger rakan2 autoshow yg berminat...mungkin sbb faktor puasa..x ramai yg hadir...
Bro Fairol ( owner Hantu Kak limah ) , Wahida Spiderman , Firdaus Viva dan BGR Kancil antara yg "berani" menyahut cabaran ini. Selain itu , terdapat jugak kehadiran club kereta dari Team Murky memeriahkan acara pd hari itu.
Aku difahamkan tujuan utama penganjuran autoshow ini adalah sempena majlis pelancaran kawasan perumahan dan komersil excecutive named ..."Super Star Avenue " . Lepas ni x pyh lah aku pegi Auto City nk cari McD @ KFC....naik beskal pon dh leh sampai ..
Tahniah buat Fairol kerana mendapat tpt pertama Proton Modified ( dpt RM 500 tu !! ) , Wahida Spiderman ke-4 dan Firdaus ke 5 kategory Kcar .Sebelum aku akhiri entry ni lupa aku nk tanya....
hampa posa tak aritu kih kih kih .....

Friday, August 5, 2011

Show off @ Dewan Millenium

Last weekend mmg aku tersangatlah sibuk..hari Sabtu Autoshow kat Kulim tu..Ahad pulak aku diamanahkan oleh Kem.Belia Dan Sukan P.Pinang untuk menguruskan acara "show off car modified" di Dewan Millenium Kepala Batas sempena Majlis Pelancaran Crime Awareness Team ( CAT ) dan Pelancaran Skuad Rakan Muda Rela Zon Utara oleh YB Datuk Wira Abu Seman ( Timb Menteri Dalam Negeri ) .
Dengan baget yg disediakan oleh  Kem.Belia Dan Sukan , aku telah menyediakan setiap peserta dengan piala 3 kaki sebagai cenderahati . Kalau ikut perancangan awal sebanyak 10 buah kereta bersetuju utk hadir , tetapi oleh kerana sbb2 masalah teknikal...seorang peserta terpaksa menarik diri di saat akhir .
Awal pagi lebih kurang jam 8.30am semua peserta berkumpul di Tol Bertam sebelum memulakan perjalanan memasuki Dewan Millenium .Acara pada hari tersebut tamat lebih kurang jam 1 tengahari dan merupakan activity aku yg terakhir sblm berehat sebulan utk menumpukan pd ibadah puasa pulak .

Thursday, August 4, 2011

Malang...tayar tidak berbau....

Tiada apa yg aku nk ucapkan sekadar simpati yg mampu katakan . BMW Rashid ( http://gilamodified.blogspot.com/2011/06/bmwtoo-damn-low.html ) telah kemalangan sebaik pulang dari autoshow dekat Kulim Landmark Sabtu lepas . Alhamdulillah  , mereka selamat dlm kemalangan tersebut ..cuma yg "sakitnya " sebahagian front skirting hancur dek terlanggar serpihan tayar lori diatas highway .
Rashid..hang sabaq sat no bulan posa ni..dugaan Allah ni . Walaupun kemalangan , Rashid bertuah dan tidak pulang dgn tangan kosong kerana beliau berjaya merangkul 3 kejuaraan pd autoshow tersebut ...
1st VIP Open
Best Sport Rims
Best Of The Best  

Ambik kesempatan cuti rehat sebulan ni utk repair balik kereta tu ..ada masa lagi Rashid.....

                                    Pic ni masa kat Autoshow Kulim Landmark tempohari..

Ni plak pic yg dia tag dlm fb...adoii..

Glamer lagi aku bulan nie !

Ini kali kedua dlm 2 bulan berturut-turut muka aku yg x berapa nk ensem ni masuk magazine . Kali ini aku masuk dlm KarHifi magazine coverage ttg Autoshow kat Parit Buntar bulan Mei yg lalu dimana aku yg jadi jury pada aritu .http://gilamodified.blogspot.com/2011/05/ni-antara-kereta2-yang-bertanding-pada.html .
Pada sesapa yg berminat ..dapatkan dipasaran sekarang ...mana taw kot2 kita terjumpak..leh la aku sign autograf  atas magazine tu nanti hehe



Wednesday, August 3, 2011

Autoshow Setia Indah JB 31/7/2011


Akulah segala-galanya...

Memang penat klu nk anjurkan sesuatu autoshow..lebih2 lagi klu semuanya dilakukan sorang diri. Sbgi contoh utk autoshow kt Kulim ni , boleh dikatakan 100% terletak diatas bahu aku. Bayangkan dari submit event proposal , apply permit , logistik , promotions , buat trophies , cari sponsors , jadi jury...hinggakan emcee pon aku ! Alhamdulilah ...kejayaan ini jugak terletak atas kerjasama dari rakan2 aku jugak...Pa , Mie , Art , Manggo...tengkiu guys ..Yg pentingnya semua peserta happy n enjoy pd hari tu .....

Cenderahati dr aku ke wakil Kulim Lanmark Central ..Miss Lee ( leh tahan gak ... amoi nie )

Tuesday, August 2, 2011

Kulim Landmark Central Autoshow July 30th Part 2

Terlebih dahulu ucapan terima kaseh tidak terhingga kepada Pihak Kulim Landmark Central , my sponsors,,Tom Stickers , Hyrax Oil , Coway , Jason Excellent Sound , MH Audio , KarHifi , semua participants , ahli 2 club kereta terdiri dari
Myvi Team
Murky Team
SC Bodykit team
SPAC
VIVAC
ASAC
Jason car team
Kelab Audio Utara
J'Shizuoka Car Parts
Waja Club
Freezin Team
Stardrive Club
Legend car club
Concept Autolab
Tanpa sokongan anda semua sudah tentu event ini tidak akan berlangsung dgn jayanya ..
Jom layan Part 2 lak...

Monday, August 1, 2011

Kulim Landmark Central Autoshow July 30th Part 1

Syukur Alhamdulillah , sekali lagi penganjuran autoshow yg aku buat di Kulim Landmark Central Sabtu lepas telah mendapat sambutan serta respon yg begitu hebat dr peserta auto dan audio show . Jumlah peserta yg hampir mencecah 70 buah kenderaan ( tidak termasuk ahli2 kelab kereta yg hadir ) telah mengatasi rekod penyertaan masa di autoshow Bandar Perda tempoh hari . Inilah penganjuran yg paling berjaya pernah aku lakukan setakat ini .Bukan sahaja peserta2 di sekitar Penang yg dtg berentap..malahan ada juga para peserta2 yg dtg dari Perlis ,Taiping , Shah Alam dan KL .
Dengan cuaca yg amat baik , ribuan peminat dan orang ramai datang menyaksikan serta membanjiri perkarangan Kulim Landmark Central pada hari itu .Terima kaseh tidak terhingga kepada semua peserta2 auto dan audio show , pihak pengurusan Kulim Landmark Central , sponsors ( Hyrax Oil,KW,Tom Stickers,Karhifi,Coway,Jason Sound Excellent serta kru2 MH Audio ) .Tanpa sokongan anda semua sudah tentu acara ini tidak akan berlangsung dgn jayanya .
Dan yg paling best nya..1st time jd emcee bidan terjun mlm tu..seb baik x gagap..hehe
Tunggu part 2 utk tengok banyak pics...