Amacam blog aku....OK tak ?

Thursday, June 30, 2011

Jadi jury kat Perlis baru2 nie...

Ni sebahagian dr pics ketika aku mengadili pertandingan autoshow kat CMart Arau sabtu lepas , selain jury..aku jugak tukang sampaikan hadiah kepada para pemenang pd mlm tu ...

Wednesday, June 29, 2011

Kereta Paling Mengecewakan di US tahun 2011

Satu kajiselidik telah dijalankan di Amerika Syarikat mendapati jualan kereta-kereta tersenarai dibawah ini cukup mengecewakan.
Rata-rata responden (termasuk jurujual) memberikan jawapan penggunaan minyak, reka bentuk dan harga yang tidak berpatutan. Secara purata, kereta ini hanya terjual sekitar kurang dari 5,000 unit di Amerika Syarikat pada tahun ini.
Di antaranya ialah Ford Flex, Nissan Quest, Smart Four Two, Acura ZDX, Toyota Tundra, Mercedes Benz R Class, Honda Insight, Maybach, Subaru Tribeca dan BMW X6!

                                                                      Ford Flex

Monday, June 27, 2011

KARNIVAL PERMOTORAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Walaupun letih balik dari Perlis pon x hilang lagi , semalam aku gagah jugak pergi Penang kat tapak Pesta Sg Nibong sebab ada Karnival permotoran peringkat negeri P.Pinang . Salah satu tujuan aku pegi sana sbb nak promote event yg bakal aku buat kat Bandar Perda nanti ..sambil2 tu leh borak ngan kwn2 yg bertanding . Selain pertandingan autoshow & motorshow , pertunjukkan drift , stunt bike serta pertandingan dB test utk para peserta audioshow turut dijalankan .Inilah kali pertama aku lihat dr dekat bagaimana kekuatan sesebuah audio system diukur dan dinilai .

Judges dok tgh ukur jarak mic dan woofer...

Benda alah ni yg dok measure kekuuatan audio sesebuah kereta



Sunday, June 26, 2011

Autoshow Ekspo Usahawan Muda Bandar Perda B.Mertajam July 10

Selepas berjaya "menggegarkan' Autoshow ekspo usahawan bumiputera kt seberang jaya aritu..kali ni kami akan tampil sekali lagi dgn acara yg lebih hebat iaitu Autoshow Ekspo Usahawan Muda Bandar Perda B.Mertajam ( hadapan LHDN ) pada July 10 .Aku dh start mula sibuk sampaikan terpaksa amik MC Jumaat lepas utk meeting dgn KBS dan badan2 kerajaan yg lain . Autoshow ini diadakan sempena ekspo usahawan muda dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan Seberang Prai Tengah .Ekspo ini bakal berlangsung dari 9 & 10 July .Selain autoshow / audioshow , terdapat pelbagai acara sampingan dari agensi2 kerajaan sepanjang berlangsungnya ekspo tersebut , antaranya :-

1)pertunjukan dari Petrosains
2)boria
3)nasyid
4)ceramah motivasi
5)pertunjukan dari PDRM
6)larian amal
7)aksi menangkap ular dari JPAM
8)pertandingan memasak
9)demo audio dari MH Audio ( bermula 9 july )

Aku akan start buat promosi  bermula dari hari ni ( fb,sms,paper,radio RTM Penang ,dsb nya ).Cantek tak poster yg aku buat ni ?Buat kepada yg berminat nak menyertai pertandingan ni berikut adalah details lengkap ttg autoshow ni , sebarang pertanyaan sila lah call aku Khairul 0195712256 dan jgn lupa upload surat jemputan ke autoshow ni...nanti senang la nk jawap ngan polis @ JPJ tu .



kategory :
Proton standard / extreme
Open standard / extreme
Kcar standard / extreme
V.I.P open
Audio Open
Best airbrush , sticker , interior , engine, spoiler , split fire , bodykit , ekzos , too damn low , Mira look dan Best car club .

Prizes :
Trophy + sijil + KW Motorsports + Jason Sound ACC + Hyrax Oil + Delone stickers + Zamiesya Watch Galaxy

Hadiah istimewa akan diberikan kepada 30 buah kenderaan yg datang awal

Autoshow Pasaraya CMart Arau Perlis June 25 2011

Semalam berlangsungnya Autoshow CMart Arau yg julung2 kali nya diadakan disitu . Nasib baik autoshow tersebut dibuat di parking basement ....x lah panas sangat .Kehadiran aku di situ adalah sebagai jury utk pertandingan tersebut .Walaupun ini adalah pertama kali , kehadiran para peserta tidak mengecewakan , hampir 30 buah kenderaan turut mengambil bahagian dlm 3 kategory berikut :

1) Proton open
2) Perodua open
3) Open modified

Serta kategory2 pilihan jury iaitu , best airbrush , engine , interior , sticker dan lighting . Penat dan letih ..al maklumlah kena drive dr Penang ke Perlis  dan smlm sampai rumah kol 1.30am...yg lece nya ketika entry di tulis..aku kat opis pagi ni..kena kerja pulak , apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada pihak pengurusan CMart & Sdr Arai & Zack kerana menjemput dan belanja aku makan tomyam !

Friday, June 24, 2011

BZ lagi aku minggu ni ....

Sibuk gila lagi nampaknya weekend aku ni...esok pagi2 nak kena ke Arau lak..jadi jury autoshow anjuran sebuah pasaraya kat sana , Ahad pulak kena p Penang ( Tapak Pesta Sg Nibong ) ada autoshow kereta dan motor...sesapa yg berkesempatan ..jom ler

Thursday, June 23, 2011

Patut la dia koyak sticker ......

Entry ni adalah sambungan dari minggu lepas .http://gilamodified.blogspot.com/2011/06/fairolawat-hang-koyak-sticker.html . Dlm ramai2 yg dok teka ..cuma 3 org saja yg betoi .Sebenarnya tujuan Fairol koyak sticker kereta dia adalah sebab dia nak buat airbrush pulak pasni dan process airbrushing ni sedang dlm process pembikinan..maka pemenang nya utk teka teki ni adalah...jeng3x ( sorry x dak hadiah utk hampa )

1)Cik Ayung dari http://ayungmerapu.blogspot.com/
2)Sdr Haffizi dari http://www.fizgraphic.com/
3)Cik Memey Omar ( x dpt trace dia punya blog )

Artis yg dok lukis tu adalah adik aku sendiri ( KF Airbrush ) yang "didatangkan" khas dr Kajang .Konsep image "Iron Maiden" telah menjadi pilihan Fairol kali ni , images ni aku shoot semalam dan akan mengambil masa > seminggu utk siap keseluruhan kereta ni .Namun yang pastinya ...anak bini dia sure lagi takot nak naik keta ni dan org masjid akan mengucap lagi panjang bila tgk keta ni nanti he3...Buat org2 Kulim..hati2 akan kemunculan monster ni .klu naik motor tu..
JANGAN PANDANG BELAKANG !!!

Wednesday, June 22, 2011

Jejaka terhangat dlm magazine

Dah lama aku x masuk dlm magazine..seingat aku last sekali pada tahun 2008 dulu . Tapi kali ni ..wajah aku yg x berapa nk hensem ni terpampang dlm 2 magazine iaitu Extreme Kars  dan KarHifi . Kedua - dua mag. ni ada buat coverage ttg autoshow dekat Penang tmes Square dan Auto Esso pada bulan Apri yg lalu . Boleh la aku nk buat frame dan gantung kat dlm bilik aku nanti .






Tuesday, June 21, 2011

ML Automart Autoshow , Puchong June 19th 2011



Viva Di Luca...Part 2

Pics ni dikirimkan sendiri oleh tuan empunya Viva ni..Sdr Firdaus . Aku nampak dia dok belek keta dia kat bengkel smlm tp x sempat aku nk singgah  , nampak gaya senyum tu mcm dah nak siap ..papahal nanti aku update kasi detail lagik .

Saturday, June 18, 2011

Viva Di Luca...

Korang tau ka apa maksud Viva Di Luca tu ? Tak kan yang tu pon taw ?Aku pon x taw...hehe ..jangan mara erk saja ja aku letak bagi bunyi mc ala2 latin skit . Aku pilih tajuk entry tu bukannya apa..sebab kereta yg aku nak tunjuk kat korang semua ni adalah sebuah model Viva yang sedang dlm process ke arah yg lebih ekstreme .
Viva milik sdr Firdaus yang berkonsepkan "V.I.P" nie dlm process pemasangan pintu gunting a.k.a lambo door  , lagi 2/3 hari siap ler tu . Bila dah siap semua aku akan buat special entry ttg kereta ni nanti , sementara tu..korang layan dulu "The making of "Viva nie....

Wednesday, June 15, 2011

Fairol..awat hang koyak sticker ???

Ha suspen skit tajuk entry aku kali ni .Baru ja siap kami buat pintu "gunting" kat dia http://gilamodified.blogspot.com/2011/05/white-waja-going-crazy-part-2.html Tup-tup kelmarin dulu , dia mai hantaq kereta dia ke bengkel kami dengan sticker ada yang dah tertanggal . Aku nak buat korang berteka - teki dalam hal ni ..agak2 nya lah..pasai pa si Fairol ni menanggal kan sticker kereta dia dan menghantarnya kembali ke bengkel kami ?

Korang ada jawapan lain selain dari jawapan2 di bawah nie ? Sapa betol aku bagi hadiah ..haha

1)dia nak cat lain ?
2)dia nak tukar sticker lain ?
3)dia x mau main autoshow dah ?
4)dia bengang sebab x menang ?
5)dia dah nak bankrupt?
6)mak bapak dia marah ?
7)bini dia suruh tido dlm kereta ?
8)anak bini dia malu nak naik keta nie dah ?
9)org masjid dok mengata ? atau
10)dia dh x larat lari dari JPJ dah?

Sebelum aku bagi jawapan nya yg sebenar...korang fikir-fikir kan lah dulu yer...




Monday, June 13, 2011

JPJ...sporting la skit...

Kesian ngan mamat ni  , mlm balik dr autoshow aku dia kena tahan ngan JPJ plak dah kat Seberang Jaya . Kalau tgk keta dia ..hmm..mmg kategory ganaz gila baban dh nie ..patut la JPJ berkenan sangat . So smlm aku pon terpaksa lah pergi ekspo mintak diaorang keluarkan satu "surat jemputan" utk mamat ni  , mintak2 ok lah kot . Aku harap pihak berkuasa seperti polis @ Jpj klu boleh lah bertimbang rasa skit ngan budak2 autoshow ni..kereta mcm ni bukannya nk bawak merempit pon..just nak show off ja . Gomen cakap "Majulah sukan permotoran negara"...habih mcm mana nk maju klu make up skit pon dh kena tahan ?????

Spoiler boleh sidai baju


Sunday, June 12, 2011

Autoshow Ekspo Usahawan Bumiputera Penang June 11 2011..jadi jury

Untuk show kali ni aku mintak bantuan rakan2 aku utk sessi permarkahan ..so terdapat 3 judges utk autoshow kali ni ..yg mana aku bertindak sebagai lead jury...Pada malam nya ..utk 2 kategory terakhir iaitu Best car club dan Best of Gilamodified kami memberi penghargaan kepada pasangan pakar motivasi rancangan Semanis Kurma TV9 iaitu Ustazah Nor Baayah dan suami utk menyampaikan hadiah kapada para pemenang .


Siap ada sesi interview lagi...

Autoshow Ekspo Usahawan Bumiputera Penang June 11 2011..Part 2

Antara monsters yg menyertai pertandingan semalam...

Autoshow Ekspo Usahawan Bumiputera Penang June 11 2011

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi , show aku semalam telah berlangsung dgn meriah , hebat , gah dan yg paling best...mmg gila2 modified btol lah ! Aku x sangka dgn kehadiran perserta yg begitu ramai sehingga terpaksa line up hingga ke jalan utama . Lebih dari 40 buah kenderaan telah mengambil bahagian  , ada yg datang dari KL & Perak ..saya tabik pada anda semua .Cuaca yg amat baik turut membantu kelancaran autoshow kami semalam . Bagi aku , ini adalah autoshow yg paling hebat serta meriah yg pernah aku buat setakat ini .
Pada kesempatan ini sy ucapkan jutaan terima kasih pada semua para peserta , sponsors ( Hyrax Oil , KW Motorsports , Jason Sound Excellent , Delone Stickers , MH Audio ) , pihak pengurusan tapak ekspo iaitu Tunas Indah Niaga Ent , serta para pengujung yg hadir .Tanpa anda semua , semua ini x mungkin terjadi .Pada yg tewas , cuba lagi pada masa hadapan .Sekiranya terdapat salah dan silap sy mewakili KF Design Autoshow Club memohon ampun dan maaf pada anda semua . Kita jumpak lagi pada tahun hadapan .
Jom tgk sebahagian dr pics event aku ni , more shall be uploaded

Awal pagi di tapak ekspo , final check trpohies..

Friday, June 10, 2011

Final check & my new sponsor..Hyrax Oil Sdn Bhd

Semalam habis kerja kol 5 tros aku pegi ambik trophies yg aku tempah last week .Mak aii..x sangka punya la banyak sampai full keta aku macam sardin ! Bila dah sampai rumah kena la double check sekali lagi..kot2 silap...nasib baik semuanya OK . Lepas balik rumah aku kena pegi tapak ekspo lak , sebab new sponsor aku ( Hyrax Oil )dari KL nak datang , so aku kena arrange tempat utk demo car dia dan tolong mana yg patut . Huuu penat aku semalam..apa pon aku x sabar tunggu utk my BIG SHOW tomorrow !

Tuesday, June 7, 2011

Jadi jury kat Queensbay

Ni sebahagian dr pics ketika aku dok tengah berpeloh ambik points para peserta autoshow Queensbay aritu .
                          




Monday, June 6, 2011

Queensbay Autoshow Penang June 5th 2011

Autoshow ni berlangsung sama hari dengan Karnival Autocity kat Juru tu , walaupun bertembung pada hari yg sama , kehadiran para peserta tidak mengecewakan .Lebih kurang 55 buah kenderaan mengambil bahagian ( tidak termasuk geng2 demo audio lagi ) . Sampai nk tercabut pinggang aku mengadili kesemua kereta , korang bayangkan dari kol 4pm sampai lah ke 7.30pm baru habis . Alhamdulillah semua selesai dgn baik..so far belom ada rungutan dari para peserta lagi ...harap2 x dak lah .

Macam biasa..gambaq aku dulu...

Karnival Auto City Penang June 5th 2011 Day 2

Ehh ...my daughter ada kat sini rupanya...

Karnival Auto City Penang June 5th 2011 Day 2

Aku suka part ni ..hhehe