Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, May 30, 2011

Maafkan kami

Ni apahal dok mintak maaf pagi2 Isnin ni..Kalau nk taw meh baca bagi habih . Seperti yg telah di war2 kan sblm ni , Exspo Usahawan Seberang Jaya telah pon bermula dan salah satu program adalah pertandingan Autoshow yg bakal berlangsung pada June 11 nanti .Jadi untuk memeriahkan program harian Ekspo tu dan jugak sebagai "warming up" utk autoshow tu , kami telah membawa sebuah kereta yg telah dimodified ( ni baru GilaModified ! ) ke dalam tapak ekspo hari Sabtu baru2 ni .
Aku pernah buat entry ttg kereta ni pada Dec tahun lepas .http://gilamodified.blogspot.com/2010/12/orange-spaceshiprevisit.html
Oleh kerana terlalu extreme , aku terpaksa meminta rakan2 Marshall dari Waja Club Kulim utk escort kereta ni dari tempat aku ke tapak ekspo,  klu tak..x pasal2 kana tahan ngan JPJ nanti . Konvoi 6 buah kereta escort yg sepatutnya mengambil masa 20min telah menjadi 1 jam lamanya ! Kereta ini terpaksa dipandu sekitar 30 ~ 40km/jam dek kerana tahap lowered yg terlalu "gaban".
Sebab tu kami mintak maaf pada pengguna2 jalanraya sekitar Seberang Jaya pd malam tu kerana melambatkan perjalanan anda semua . Pada sesiapa yg nk tengok kereta ini dgn lebih dekat ..sila lah ke tapak Ekspo Seberang Jaya Penang . Mesti you all nk tau ini kereta apa kan ...bak kata Siti ..Biarlah Rahsia..... zasss jom layan ...

Evo X

Friday, May 27, 2011

Poster siap dah

Sorry kalau poster ni x lawa ...aku bukannya reti sangat.pakai hentam ja.Anyway , ini adalah poster untuk projek terbaru aku iaitu ..Autoshow Ekspo Usahawan Bumiputera yg InsyaAllah bakal berlangsung pada June 11th nanti di Tapak Ekspo Seberang Jaya .
Ekspo tu dah bermula hari ni dan akan berakhir pada June12th nanti.Pada sesapa yg berkesempatan..boleh la shoppin2 kt situ . Selain dari autoshow , kami juga mengadakan pertunjukkan car audio system dari group yg x asing lagi iaitu MH Audio dan juga pada mlm pertandingan autoshow tersebut , Final Dance Shuffle turut akan diadakan sekitar jam 9mlm sambil diiringi irama lagu dari kereta2 audio..fuhh mesti best ni ..rugi klu x mai tgk ....

White Waja going crazy Part 2

Jom kita sambung balik dan jengok apa progress ttg Waja putih ni...ehh dah nk siap rupanya ...
Jangan lupa saksikan kemunculannya pada Autoshow Queensbay Penang June 5th nanti ..

Thursday, May 26, 2011

Kia Forte @ Toyota Vios ..yg mana pilihan bloggers ?

Ingat lagi tak ttg survey yg aku buat ni pada Feb yg lalu http://gilamodified.blogspot.com/2011/02/kia-forte-toyota-vios-yg-mana-pilihan.html? So hari ni aku nk publish result ttg survey tersebut . Mungkin ada antara bloggers sekelian dlm bercongak - congak nak beli salah satu keta ni..maka harap2 hasil survey ni boleh la sedikit sebanyak sebagai guide line buat anda . Yang paling penting tepuk dada tya la poket dulu dan jgn dengar cakap2 org..klu berkenan ..beli ja teros..anda yg nak memandu ..bukannya orang len .

Seramai 56 bloggers telah voted dlm undian ini , maka hasilnya......35 orang telah memilih Kia Forte , 15 memilih Vios dan seramai 6 org suka kedua- duanya sekali .

Breakdown ini pula menunjukkan apa yg menarik perhatian ttg Kia Forte ni..antara komen2 yang aku  terima ..ada satu paling lucu ( aku  x ingat nama blogger ni ) dia x suka Vios sbb katanya makcik2 yg bawak Vios ni suka berlagak..sbb tu dia pilih Kia ...ehh btol ker ni ?? hehe

Breakdown ini pulak menunjukkan ciri2 pilihan yg terdapat pada Vios..

Maka jelas disini bahawa Kia Forte menjadi favourite car buat para bloggers . Seperti yg aku sebut diatas ..jgn pedulikan ckp rg..klu anda suka mana2 keta pon..beli ja..bukan "depa" nak "bayaq"..."hampa" yg nk kena bayaq ...

Wednesday, May 25, 2011

Aku dah beli kereta baru !!!

As salam semua..hari ni genap la seminggu kereta baru ku sampai .Nampak gaya nya..jodoh aku masih lagi dgn Proton.Setelah Iswara dan Wira Aeroback ..kali ni Persona pulak menjadi teman aku for coming years ( pakai sampai pencen kot hehe ) . Kalau di ikutkan hati ..mmg aku nak Vios @ Kia Forte tapi memandangkan ada masalah teknikal skit ..terpaksa lah aku beralih arah .Aku pernah buat survey ttg 2 kereta ni pd Feb yg lalu, nanti aku publish kan survey result tu .http://gilamodified.blogspot.com/2011/02/kia-forte-toyota-vios-yg-mana-pilihan.html.

Bagi aku not bad la Persona ni , so far blom aku dengar lagi comment -ve ttg kereta ni , korang ada dengar apa2 tak ? klu ada..g taw aku yer . Aku ambik versi 1.6 Auto M Line OTR RM 55999 , siap ada skirting , sport rim malahan GPS sekali , OK kan ? Korang mesti tya aku .."Cik Khairul x mau make up keta ni ka "..jawapan aku..cukuplah.....kali ni aku nak bawak kereta yg selesa pulak  , x mau dah yg "lowered2" tu..seksa !

Kesimpulan nya bila dh pakai keta baru ni..kena pulun buat OT ( overtime ) la weiiii...huuuuu...

x sampai 300km lagi tu..


Benda wajib yg perlu dibuat pada kereta baru..pasang tinted !!



Monday, May 23, 2011

Hyundai BumbleBee

Kereta Hyundai Coupe ni telah diairbrushed kan oleh salah seorang sahabat FB aku dr selatan tanahair .Walaupun adik aku ( KF Airbrush ) juga memiliki studio airbrush sendiri , x salah klu aku nak siarkan hasil kerja orang lain di dlm blog aku ni kan ( macam Eman Airbrushing ni ). Sama2 kita cari makan..lagipon semua anak bangsa kita jugak . Aku difahamkan kereta yg diberi nama jolokan "BumbleBee" ni baru ja siap , dan belum memasuki sebarang pertandingan autoshow lagi , kalau di tengok hasil kerja Eman ni..x mustahil kalau kereta ni boleh merangkul kejayaan dlm pertandingan nanti...good luck !

Friday, May 20, 2011

Dapat projek baru lagi....

Tetiba harini aku dapat satu call dr member suruh buat autoshow event kat Tapak Ekspo Seberang Jaya Penang pada June 11th nanti sempena Karnival Usahawan Bumiputera ( yg berlangsung dr May 27th ~ June 12th ) .Alamak tinggal 2 minggu jer lagi , nak cari sponsor lagi ...nk buat promotion lagi...adoii..pening2 .Tapi dlm kepala otak aku dh plan apa nk buat masa show tu nanti..harap2 semuanya berjalan lancar . Esok aku nak pegi jumpak pihak pengurusan ekspo tu utk berbincang pasal penganjuran show ni .OK ini antara kategory2 yg bakal aku nak buat , InsyaAllah...

Proton Standard modifed
Proton Extreme modifed
Open Standard modifed
Open Extreme modifed
Kcar open
VIP open
Audio open
Best car club
Best sticker
Best Airbrush
Best Interior
Best Engine
Best Bodykit
Best Spit fire
Best lighting
Best Ekzos
Best sport rims
Best too damn low dan
The Best Of Gilamodified

Dan satu lagi..kalau ada sesapa yg nak berniaga kt tapak ekspo tu , leh sewa booth ( 20 X 20 )dari kami hanya RM2000 sepanjang karnival itu berlangsung .

White Waja going crazy..

Aku pernah published story ttg kereta milik Bro Fairol ni pada bulan Nov tahun lepas (http://gilamodified.blogspot.com/2010/11/tough-guy-with-white-waja.html) Kereta beliau dh jadi semakin "gila"  sekarang ni . Semalam dia dah hantar kereta dia ke bengkel kami utk satu lagi perubahan yang lebih extreme ..nak tau apa yang akan kami buat ?...tunggu kesudahannya nanti ...



Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Autoshow Parit Buntar Part2

OK , ni lak pics tika aku dok tengah amik point para peserta aritu ....panas nak mampoeh ..




Monday, May 16, 2011

Autoshow Parit Buntar May 15th PART 1


Alhamdulilllah selesai sudah autoshow ni semalam , lebih kurang hampir 40 buah kenderaan telah mengambil bahagian dlm pertandingan autoshow ni , jumlah ini tidak termasuk para peserta demo audio yang dianggarkan lebih kurang 30 buah kenderaan . Panas dan letih ..itu saja ungkapan yg boleh aku ucapkan , tapi bagi aku ...aku berjaya menjalankan tugas aku sebagai ketua jury utk show .Mungkin ada satu dua yg tidak berpuas hati..apa pon aku mintak maaf sekiranya ada , biasa lah..kita ni manusia..x semuanya sempurna .Aku blom upload byk pics lagi...utk arini aku upload yg ni dulu ...
Kiri sekali tu aku ler...


Aku dapat hamper , baju dan sijil penghargaan dr pihak penganjur..dan yg paling best dapt fulus....

Sijil ketua jury tu !!











Saturday, May 14, 2011

Tuning World Bodensee 2011


Autoshow Parit Buntar May 15th 2011

Autoshow yang bakal berlangsung esok ini diadakan padang awam ( dekat Jam Besar Parit Buntar ) bersempena dengan sambutan Hari Belia peringkat Negeri Perak . Maka sibuk lah aku esok pasai aku yang akan mengadili pertandingan tu nanti . OK lah takat ini dulu utk arini..aku akan update story pasai show ni nanti .

Wednesday, May 11, 2011

Graf Kenaikan Ron97

X nampak langsung nak turun ..mampoeh mcm ni...kena guna Ron 95 la sampai mati  huuu...
apa pon RAKYAT DIDAHULUKAN..aku dok cari graf kenaikan utk gula pulak..


Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90



Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Kempen sayangi kanak2 / OKU Baling Kedah May 10th


Tuesday, May 10, 2011

Autoshow @ USJ4 May 7th 2011


Econsave Kemunting Autoshow May 8th 2011

Kalau diikutkan event ni aku yg jadi jury , tp memandangkan pihak penganjur tiada peruntukkan utk " bagi gaji " kat aku..maka aku ucapkan....KIRIM SALAM lah weii..mana ada menda free dlm dunia ni...ingat senang ka jadi jury..silap haribulan boleh kena maki wo..
apa pon tahniah buat rakan2 yg menang pada aritu....

Monday, May 9, 2011

Volkswagen Beetles in Harian Metro May 8th

Sesapa yg beli Harian Metro smlm mesti terbaca kisah tentang Volkswagen ni kan .Klu korang nak taw..Volkswagen ni telah dilukis @ di airbrushed kan oleh adik aku dr KF Airbrush . Ini adalah design yg ke 2 dr KF Airbrush , sebelum ini api tu warna merah .Volkswagen ni kepunyaan Sdr Kamarul yang bertugas sebagai salah seorang anggota keselamatan di Kajang . Kereta ini yg lahir pada 1964 ( lagi tua dr aku hehe ) masih mengekalkan enjen asal 1300cc cuma tuan punya menambahbaikan dr segi restoration & chroming .
System suspension & brake masih dikekalkan standard cuma sport rim telah ditukar ke jenama PIAA 17" yg boleh spin tu ! jarang org pakai rim ni . Jom kita tgk pics ketika adik aku tgh lukis kereta nie...
sorry quality pics kureng memuaskan ..

Thursday, May 5, 2011

Kawasan Prai semalam dikejutkan dgn satu pembunuhan kejam di salah sebuah stesen minyak di sini .Yg buat aku lagi tekejut sebab kejadian tu berlaku di Esso pak sedara aku !! ( tempat yg aku buat autoshow hari tu ) dan aku kenal mangsa tu.Aku masih lagi sedih dan terkejut atas apa yg terjadi .Aku di fahamkan , beliau telah ditikam 16 kali di seluruh badan beliau  , ya Allah sengsaranya dia dan kejam sungguh si pembunuh tu . Aku doakan semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama dgn org yg beriman , marilah kita sama2 sedekahkan AL-Fatihah pada beliau...........

Minum racun lepas bunuh tunang




BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.


POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.

Wednesday, May 4, 2011

Demo audio @ Auto City Penang May 1st 2011

Demo audio ini dijayakan oleh pemilik2 kereta audio di bahagian Utara , antara kelab2 yg hadir ialah MH Audio & S.P.A.C .Demo ini diadakan di perkarang Concept Hall sempena Pemeran Belia Pulau Pinang .Lebih 20 buah kereta telah mengambil bahagian , so aku pon sempat la p layan audio blast ni ...habih tu p pekena nasi kandaq pulak !!


Tuesday, May 3, 2011

Penang Times Square Autoshow Part 3

Selain aku jadi jury ..aku jugak adalah sebahagian dr committe utk autoshow ni .Dan jugak.....jadi representative utk ambil present on behalf contestant ( yg dah jenoh kami panggil x dtg2 jugak ...x dengaq kot )
Ni pics ketika aku dok tengah amik point contestant cars aritu ...

Penang Times Square Autoshow Part 2


Sunday, May 1, 2011

Penang Times Square autoshow Apr 30th

Ketika entry ni di type..aku kat lobby hotel ni ..siap tengah pakai kain pelikat lagi ( time la 1am lebih ) siang tadi aku busy sangat sbb Penang Times Square autoshow ni , maklumlah aku jadi jury show tu  . Malas nk balik rumah , aku sepakat ngan wife aku check in hotel ja kat Penang ni . Sambutan OK  , walaupun siang tadi ada lagi show off kat Queensbay Mall .Ni pics sebahagian  dari show tadi...akau akan upload more pics nanti . Korang layan jer yg ni dulu ...