Amacam blog aku....OK tak ?

Monday, May 30, 2011

Maafkan kami

Ni apahal dok mintak maaf pagi2 Isnin ni..Kalau nk taw meh baca bagi habih . Seperti yg telah di war2 kan sblm ni , Exspo Usahawan Seberang Jaya telah pon bermula dan salah satu program adalah pertandingan Autoshow yg bakal berlangsung pada June 11 nanti .Jadi untuk memeriahkan program harian Ekspo tu dan jugak sebagai "warming up" utk autoshow tu , kami telah membawa sebuah kereta yg telah dimodified ( ni baru GilaModified ! ) ke dalam tapak ekspo hari Sabtu baru2 ni .
Aku pernah buat entry ttg kereta ni pada Dec tahun lepas .http://gilamodified.blogspot.com/2010/12/orange-spaceshiprevisit.html
Oleh kerana terlalu extreme , aku terpaksa meminta rakan2 Marshall dari Waja Club Kulim utk escort kereta ni dari tempat aku ke tapak ekspo,  klu tak..x pasal2 kana tahan ngan JPJ nanti . Konvoi 6 buah kereta escort yg sepatutnya mengambil masa 20min telah menjadi 1 jam lamanya ! Kereta ini terpaksa dipandu sekitar 30 ~ 40km/jam dek kerana tahap lowered yg terlalu "gaban".
Sebab tu kami mintak maaf pada pengguna2 jalanraya sekitar Seberang Jaya pd malam tu kerana melambatkan perjalanan anda semua . Pada sesiapa yg nk tengok kereta ini dgn lebih dekat ..sila lah ke tapak Ekspo Seberang Jaya Penang . Mesti you all nk tau ini kereta apa kan ...bak kata Siti ..Biarlah Rahsia..... zasss jom layan ...













Aku pon p sama ...



15 comments:

AYuNG said...

nih keta bg dulu kan..

Syuxer said...

emm berapa harga kereta ni..lawa design dia..enjin pe?

Opah Kentang said...

ingatkan nape la mintak maaaf tadi..
trafic jam rupenyer

Apih said...

kereta batman ka ?

Fadzli Amir said...

sekali tengok macam boleh terbang nih...hehehe

najwa's said...

wah, nak pegi! dekat je. yang expo sebelah tesco tu eh?

adibey said...

modifnya keren abis dah...

Rose Johari said...

hebatnya kereta tuh... terbaek =)

ummiross said...

maaf diterima..hik!

sha said...

Style..

tapi nape xleh lari laju? modify luaran je ke mcmna?

minta maaf, kite ni tak tau sgt pasal modify ni.

Arpiiz said...

takpe2, dorang tak marah punya..hehe

khairul said...

buat cik Sha..keta tu x leh laju sebab terlampau lowered ( skirt @ bumper depan terlalu rendah dan hampir dgn permukaan jalan )

khaifaiz said...

kereta ni jenis kereta apa.. dah tak boleh nak cam dah ni

khairul said...

kalau nk taw..ni lah kereta Satria ...percaya tak ?

Xavi De said...

SATRIA....? biar betik bang oiiii....
ni memang xtreme modi ni, ferarri enzo tuuu...huhu