Amacam blog aku....OK tak ?

Thursday, May 5, 2011

Kawasan Prai semalam dikejutkan dgn satu pembunuhan kejam di salah sebuah stesen minyak di sini .Yg buat aku lagi tekejut sebab kejadian tu berlaku di Esso pak sedara aku !! ( tempat yg aku buat autoshow hari tu ) dan aku kenal mangsa tu.Aku masih lagi sedih dan terkejut atas apa yg terjadi .Aku di fahamkan , beliau telah ditikam 16 kali di seluruh badan beliau  , ya Allah sengsaranya dia dan kejam sungguh si pembunuh tu . Aku doakan semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama dgn org yg beriman , marilah kita sama2 sedekahkan AL-Fatihah pada beliau...........

Minum racun lepas bunuh tunang




BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.


POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.

20 comments:

Inani said...

Ya Allah..dasyatnya!! sy baca ni pun rasa sedih..kesian betul kat arwah tu kan??

yui92 said...

apabila tiada tuhan dalam hati...

baincardin said...

al-Fatihah.....

Kakiraces.hambali said...

Al- Fatihak... kepada Allahyarhamah.. moga rohnya di temoatkan di kalangan org yg beriman... Itulah manusia... takut dengan bayang2 sendiri... memalukan kaum lelaki sahaja.... pepatah ada berkata ' cemburu tanda sayang' tapi ni x terus bunuh apa kes..... dayus sungguh lelaki tu..

khairul said...

apa punya jantan...dah la hang bunuh orang..dh tu ada hati nak bunuh diri lak..btoi2 x dak iman..akai x dak !!

ezza alias said...

sayangkan anak ditangan-tangankan,
sayangkan bini ditinggal-tinggalkan,
sayangkan tunang dibunuh-bunuhkan.
:D

innalillah. dah hilang kewarasan dah tu. dia minum racun tp x mati kan ? ish ish.

dwaty said...

baru baca pagi tadi... tp tak tau plak suspek tu minum racun... ishhh2

Panglima Muda said...

mati sudah akhirnya

kira kekuri said...

eee sungguh dahsyat!

zati embong said...

Al Fatihah.

knpa bertindak cmtu.huhu

iezaa said...

ni kes otak senget kut. hihihi

nawza said...

kejadian ni rasanya hari yang sama dengan penmbunuhan seorang pompuan dekat Aloq Setaq, Kedah..Pakat2 kita sedekahkan Al-Fatihah

neslO_ais said...

uihh macam2 je dunia sekrg nih..aihh

NasZ said...

Astafirullah...bahaya cemburu..

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"

Peroto_Jr said...

kesian. al-Fatihah...

Tuan Penasihat said...

wowww dashatnya!!
gila batoi.
cinta punya hal.
al-fatihah buat mangsa dan moga sipelaku mendapat hukuman sewajarnya.

khairul said...

mamat yg bunuh tu pon dh padam...tunggu la balasan dr Allah nanti

Miecyber said...

Kedua duanya berakhir dengan kematian yang targis.

Al Fatihah...

Osama Laden seorang Idola

Rose Johari said...

MasyaAllah...Ni kes cemburu ke? Sekarang mcm2.,, Al-Fatihah buat mangsa...

Muhammad Burn said...

mental ni...