Amacam blog aku....OK tak ?

Wednesday, May 11, 2011

Graf Kenaikan Ron97

X nampak langsung nak turun ..mampoeh mcm ni...kena guna Ron 95 la sampai mati  huuu...
apa pon RAKYAT DIDAHULUKAN..aku dok cari graf kenaikan utk gula pulak..


Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90



Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

9 comments:

Miey said...

Rakyat hanya diberikan kualiti petrol yg rendah sahaja. Tak patut2, sebagai negara pengeluar minyak sepatutnya 30% pengeluaran minyak negara digunakan untuk rakyat bukannya 100% dieksport sepenuhnya kepada negara luar..

Mie Kickdefella said...

kita pngeluar mnyak dunia.. mgapa harga masih mahal kn??
ketirisan byk blaku..

khairul said...

tu la naseb rakyat Mesia

Miecyber said...

Terima kasih kepada kerajaan yang menindas rakyat..

Microsoft beli Skype

awie958 said...

jual minyak 100% keuntungan untuk rakyat malaysia juga.untuk pembangunan.ringkasnya kalau negara takda duit,takdalah pembangunan, takda pembangunan takdalah pekerjaan.adalah lebih baik kita bersyukur sekurangnya sekarang kita masih mampu lagi menggerakkan kenderaan kita.Hari ini kita kata kerajaan menindas rakyat dengan mengapungkan harga minyak ron97 mengikut harga pasaran, menaikkan harga gula, suatu hari nanti kita akan dapat rasa betapa wajarnya kerajaan mengambil langkah sedemikian.insyaallah

khaifaiz said...

jap lagi nak renovate kereta pakai batteri cas jer.. tak yah pening2 dah

Arpiiz said...

lepas ni jom pakat kita naik basikal je..hehehe

khairul said...

sy dah ada beskal racing dah ..hehe

Fadzli Amir said...

Mana tak kaput enjin kereta aku...pakai minyak murah....apa la nasib....