Amacam blog aku....OK tak ?

Friday, March 4, 2011

Mana semua polis ????

Aku marah...geram sangat2 semalam. Petang kelmarin berlaku satu kemalangan maut dlm taman perumahan aku ...aku x leh bayangkan..mmg kadar kemalangan kat Malaysia kita nie mmg btoi2 dh gila.. dlm kawasan taman perumahan pon boleh xcident dan membawa maut !

Bila aku sampai  , sorang dh confirmed dead manakala lagi 2 org badly injured . Memang ngeri aku tengok..hancur muka . Aku x pasti mcm mana kemalangan tu boleh terjadi  , drp cakap2 org kejadian tu akibat langgar lari oleh lori yg membawa pasir @ semen .

OK yg aku marah bukannya pasal kemalangan tu..tapi sikap anggota2 balai polis kat taman aku yg tidak menjalankan tugas sepatutnya dan tidak bertanggungjawab langsung .Korang boleh bayang tak..lokasi kemalangan dgn balai cuma 20 ke 30 meter saja ! Tapi tidak seorang pon anggota polis dari balai tersebut datang membantu hatta menjaga lalulintas pada waktu itu ! semua tugas ini dilakukan oleh anggota ronda sukarela kat taman aku tu ..apa hal ni polis ..kanapa sampai jadi mcm ni ? Dimanakah moto "SEDIA BERKHIDMAT" tu ???

Hati dah panas..bukan aku saja .semua org berada kat situ meluahkan rasa tidak puas hati pd anggota2 polis balai tu ..apa lagi aku pon call lah RAKAN COP siap dgn SMS skali .Aku sampai lokasi kejadian lebih kurang jam 5.40pm..ambulan dan bomba sukarela lebih cepat datang dari polis .Lebih kurang pukul 6pm , barulah patrol car datang..itupon dari balai yg berhampiran !
Luahan aku hari ni bukannya aku tujukan pada semua anggota polis kat Malaysia ni..x dinafikan ramai anggota2 polis telah menjalankan tugas murni menjaga keselamatan kita semua selama ini ..cuma segelintir anggota kat tmn aku tu ja .

Atas sebab2 keselamatan  , nama balai serta lokasi kejadian aku x boleh dedahkan..
tak pasai2 aku masuk ISA nanti hehe...




Si anak meratapi kematian ibunya ..sedih la tengok

Pukul 6 baru polis sampai ...




video

16 comments:

Ely Hasrul said...

allah dekat sgt balai polis tuu.. ermm.. kejadian mcm nih penah blaku gak kt tmpt i.. kat kampung ekceli.. kebakaran.. rumah kedai tbakar mmg hangus lah.. balai bomba 20-30mtr gak dr tmpt kejadian, xtau la nk gelak ke nk marah sbb mak ckp bomba lmbt stgh jam.. zzzz

Anonymous said...

terima kasih sebab post kejadian nie... tidakkan akan di ambil terhadap balai nie... siasatan akan di jalankan.. saya harap benda macam nie takkan berlaku .. buat malu je


anyway saya bukan polis ...cuma saya dah foward kat pihak atasan yang perlu bertanggung jawab.... ^_^v

BuLat i2 CirCLE said...

ish2..xpatut btl..naseb la rakyat malaysia yg lain 2 perihatin..ade gk g menolong..

aman_arab said...

tak patut betoi polis tak mai tolong..sedangkan eksiden kat depan balai ja...tapi nasib baikla ambulan dah sampai dulu..kalau tidak lagi teruk..

Dunia Baru said...

huhuhuhu......sikap tak bertanggungjawab

Rose Johari said...

hurm...mana p nye tanggungjwb tuh? patutlah en.khairul marah :D

Mie Kickdefella said...

LAHANAT POLIS YG X BUAT KJER!!

Amyna said...

Ya Allah...

Ermm... x semua polis macam tu.. tapi itu lah terkilan juga saya dengan situasi cam ni. bak kata pepatah.. kerana nila setitik, abis susu satu jag jadi biru..

Bagus d forward ke pihak atasan...

p/s: Balai polis dekat sangat tu... ish3x.

xhilmi said...

mesti ambulance sampai awal sikit kan??
kadang2 kami yang respon kes ambulance ni datang dari jauh n kena tempoh jem.. tapi still datang awal...
hurm... polis sepatutnya lagi awal sampai coz dorang x yah prepared equitment tuk gi tgk kes.. huk2... x patut2...

Mr iz said...

gila babun nye dekat balai tu..... hisssss... perihatin la sikit... tak kira la kejadian apa pun... tak nak tolong tunjuk batang hidung je sudah la.... betul kata cik amyna tu...setuju sangat... lembu punya susu nila kasi jatuh pulak...eh eh ... he he he

Tuan Penasihat said...

ishk ngerinya kemalangan tu.
tapi betullah dekat sangat dengan balai.
sapa kata polis tu x buat kerja??
mungkin tengah kira duit saman yang banyak sangat tu kot sampai x sedar ada eksiden.
karang tinggal orang curi pulak.

aRaN said...

aku tgk gambar pun rasa sayu dah huhuhuhu

puteri.dyne94 said...

mmg x ptt..dah dkt pown polis x dtg../
kalo jauh asenye mstie lagi lmbt dtg..
apelahh nak jadi?pelik2..

Fadzli Amir said...

Kesiannye....diorang ni bab2 saman memang laju...bab2 macam ni buzy la, kerja banyak la...

shereena said...

kat mmna nie?cm kenal je tempat nie?

Kakiraces.hambali said...

ni la org kata sebab nila setitik rosak susu sebelanga.... takn tak tahu depan balai ada kemalangan... agaknya ALLAH SWT dah pekak dan butakan hati mereka yg berkenaan...